Kereta remuk dilanggar dari belakang, bengang pemandu Rohingya kata kos baiki RM50 je!

Melihat ragam segelintir pemandu di lebuhraya adakalanya membuatkan kita terfikir sama ada mereka merupakan pemegang lesen yang sah atau sebaliknya.

Itu termasuklah melakukan kesalahan seperti melanggar undang-undang jalan raya sehingga tidak semena-mena menyebabkan kemalangan dengan kenderaan lain.

Kereta 'disondol' dari belakang

Persoalannya sama seperti yang dikongsi oleh Malaysia Most Viral di laman Twitter yang memaparkan detik kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di 'lane' kanan lebuhraya.

 

 

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux masih bergerak di saat kereta hadapannya telah berhenti menyebabkan dia tidak sempat brek dan kemudiannya merempuh kereta di laluan berkenaan.

Selepas insiden, pemandu Hilux itu terus turun untuk melihat keadaan kereta di hadapannya sambil mengangkat tangan seolah-olah memohon maaf atas kejadian tersebut.

Yakin boleh baiki dengan kos RM50

Menurut sumber, kereta Toyota Hilux itu dipandu oleh seorang lelaki warga Rohingya.

Lebih menakjubkan, dia dengan tenang meyakinkan pemilik kereta Perodu Myvi di hadapannya tadi bahawa kerosakan tersebut boleh selesai dengan RM50.

 

 

Makan ratusan juga

Hal itu bukan sahaja menaikkan darah pemilik Myvi itu, malah netizen yang melihat perkongsian itu juga bengang dengan sikap sambil lewa pemandu Hilux tersebut.

"Sakit hati mat"

"Dia ingat kereta mainan"

"Ada lesen ke tu?"

Dalam waktu sama, mereka turut mempersoalkan 'kewujudan' lesen kenderaan warga asing terbabit sehingga dibenarkan untuk memandu.

"Diaorang boleh ambil lesen ke?"

 

 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen