Cara minta sedekah makin ekstrem, budak2 diajar ugut orang awam sambil acu pedang?

Apabila melihat nasib kanak-kanak terpaksa mengemis di kaki lima demi meneruskan kelangsungan hidup membuatkan hati kita terkilan dan sebak.

Mana tidaknya, di saat rakan sebaya berpeluang ke sekolah menuntut ilmu untuk mengejar cita-cita, mereka pula menggalas tanggungjawab besar dengan membantu keluarga mencari duit.

Cara minta sedekah makin ekstrem

Namun, berbeza pula pandangan pengguna media sosial apabila melihat video yang dikongsi oleh @isusemasaviral di laman Twitter.

 

 

Pegang pedang mainan ugut orang awam 

Video pendek itu mengejutkan ramai apabila terdapat beberapa orang budak lelaki berlegar di stesen minyak sambil memegang pedang mainan di tangan mereka.

Difahamkan, budak-budak itu telah dipraktik menggunakan alat itu untuk mengugut orang awam yang berada di sekitar kawasan.

"Sistem pendidikan kita tak kena..."

Walau bagaimanapun, majoritinya tidak berkenan dengan cara atau didikan yang ditunjukkan oleh individu tertentu kepada kanak-kanak berkenaan.

 

"Risau jadi samseng"

 

 

"Ibu bapa tak fikir ke?"

Mungkin ada yang berpendapat untuk tidak masuk campur, namun memandangkan video tersebut telahpun tular, mereka menganggap sudah menjadi tanggungjawab untuk menegur kerana tindakan itu sememangnya salah.

 

"Risau melekat bawah lori"

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen