Larang Najib Razak berkempen untuk PRU-15, Yana pertikai keputusan penjara

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Najib Razak tidak dibenarkan untuk berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 dan itu termasuklah mengeluarkan sebarang kenyataan bagi tujuan tersebut.

 

"Kenapa Anwar boleh?"

Walau bagaimanapun, keputusan yang dibuat  pihak Jabatan Penjara dipersoal pula oleh anak kepada bekas Perdana Menteri itu iaitu Nooryana Najwa.

Menurutnya dalam satu kenyataan, larangan sedemikian tidak dikuatkuasakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Presiden PKR itu dipenjarakan dahulu.

“Kenapa Anwar boleh tapi Najib tak boleh? Adakah sebab namanya Najib?”

-Nooryana Najwa-

Kenyataan Jabatan Penjara

Terdahulu, Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim berkata tiada sebarang kenyataan boleh dikeluarkan oleh mana-mana banduan yang sedang menjalani hukuman penjara.

Malah, arahan itu turut terpakai kepada Najib Razak jika beliau mempunyai pandangan mengenai susu semasa politik negara menjelang PRU-15.

Untuk rekod, pada 5 Mei 2015, , Anwar yang ketika itu dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh turut ‘berkempen’ untuk isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Beliau menyampaikan pesanan yang merayu pengundi menyokong Wan Azizah melalui kenyataan media yang dikeluarkan peguamnya, Latheefa Koya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen