Jalan sempit sebab 'park' tepi, netizen tak setuju pemandu salahkan motor sebabkan eksiden

Sikap semborono segelintir penunggang motosikal di jalan raya adakalanya membuatkan kita tak keruan.

Lebih menyakitkan hati apabila melihat cara pemanduannya yang mana secara tak langsung akan atau boleh menyebabkan kemalangan dengan kenderaan lain.

Netizen pertahan penunggang motosikal

Namun begitu, berbeza pula dengan situasi yang menimpa penunggang motosikal ini serta pemboncengnya setelah merempuh sebuah kereta dari arah bertentangan.

Boleh dikatakan majoritinya mempertahankan mereka berdua selepas melihat video penuh detik kejadian itu.

 

 

Menerusi video yang dimuat naik, menyaksikan detik motosikal berkenaan gagal memintas kereta di hadapannya dan menyebabkan berlakunya pertembungan.

Kereta 'park' tepi halang laluan

Dalam entri tersebut, mereka boleh menilai bahawasannya penunggang motosikal itu tidak bersalah tetapi pemandu kereta itu sendiri yang berkeras untuk meneruskan pemanduannya walaupun tahu laluan ketika itu sempit.

Selain itu, lambakan kereta yang diletakkan di bahu jalan juga menjadi punca pertembungan tersebut kerana secara tak langsung telah menghalang laluan kenderaan lain yang lalu lalang.

"Kereta tu melepasi garisan jalan"

Meninjau ke ruangan komen, netizen berharap agar pemandu kereta itu tidak memarahi penunggang motosikal tersebut kerana insiden itu bukan sepenuhnya berpunca daripada mereka.

"Sah, dia makan jalan"

"Tapi motor pun ada salah"

"Kesian dia kutip syiling"

Lebih meruntun hati ketika melihat salah seorang daripada mereka tekun mengutip duit syiling bertaburan di atas jalan tanpa menghiraukan keadaan motor yang agak teruk selepas insiden.

"Moga semuanya elok2"

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen