Lazimnya, anak sulung sering digambarkan sebagai seorang yang kuat dan cekal, malah sanggup mengalah dalam apa jua situasi terutamanya melibatkan adik beradik.
Namun, mungkin ramai tidak tahu akan kesan kepada diri apabila mereka sudah menginjak dewasa nanti.
Sedih ayah rampas belon
Mengambil iktibar dari perkongisian AYA, kelihatan seorang lelaki berbaju merah jambu berlari menghampiri sebuah keluarga yang sedang berjalan ingin turun dari 'escalator'.
@alviamawaddaah 😢
♬ Tertawan Hati - Awdella
Turut dibawa bersama lelaki itu adalah belon yang mana difahamkan dia ingin memberinya kepada anak sulung mereka.
Itu kerana setelah melihat kanak-kanak itu menangis dan bertantrum apabila belon tersebut diambil oleh ayahnya untuk diberikan kepada si adik.
"Jangan remehkan hati anak"
Mungkin ada yang beranggapan situasi itu biasa, tetapi tidak bagi lelaki di dalam video tersebut yang juga merupakan seorang pakar psikologi kanak-kanak.
@faiz.hayaza #stitch with @AYA🙋🏻♀️ #psikologanak #innerchild ♬ Tertawan Hati - Awdella
Menurutnya, tindakan si ayah sememangnya tidak adil yang mana secara tak langsung mungkin menyebabkan anak sulung itu berdendam atau tertekan di kemudian hari.
"Jangan pernah meremehkan hati anak kecil kerana luka yang mendalam akan dia ingat sampai dewasa nanti."
"Mereka akan merasakan tidak berguna dan tak dihargai."
"Pernah rasa macam tu"
Meninjau ke ruangan komen, sebenarnya ramai pernah berdepan nasib sama dan akui itu merupakan kenangan yang sukar untuk dilupakan.
"Selalu kena mengalah"
"Terbawa sakit sampai dewasa"
"Setiap hari saya melukai anak"
Malah, ada juga ibu bapa mendedahkan bahawa mereka pernah melakukan hal sebegitu kepada anak-anak tanpa menyedari bahawa itu merupakan satu kesilapan.
"Moga saya dan suami boleh adil"
Tinggalkan Komen