Menggelupur ketika bersilat, ada yang dakwa pengantin pengsan sebab 'benda' tumpang?

Silat merupakan ilmu seni mempertahankan diri yang mana telah dipraktikkan sejak dari zaman nenek moyang lagi.

Sungguhpun begitu, ada yang mendakwa silat bukan sebarangan ilmu dan hanya boleh dituntut oleh orang tertentu sahaja, namun tidak tahu sejauh mana kesahihan perkara tersebut.

Tak senang duduk ketika bersanding

Kini, silat bukan sahaja digunakan untuk mempertahankan diri tetapi juga dipersembahkan di majlis keramaian misalnya majlis kahwin sepertimana yang dilakukan di hari persandingan pasangan ini.

  

@lisyanady._

darah pendekar

♬ Mentera Semerah Padi - M. Nasir

 

Pengsan lepas beberapa minit

Walau bagaimanapun, suasana majlis itu sedikit tegang selepas pengantin lelaki yang dilihat tak senang duduk di sebelah isterinya tiba-tiba bangun daripada tempat duduk untuk membuka langkah.

Ingatkan nak tunjuk aksi, tetapi lain pula yang jadi apabila dia pengsan beberapa minit selepas itu.

 

"Tu bukan darah pendekar"

Hal itu sekaligus meninggalkan tanda tanya dalam kalangan netizen yang rata-ratanya musykil dengan kelakuan pengantin sehingga ada yang mendakwa lelaki itu disampuk oleh 'benda' ghaib.

 

"Eloklah pergi buang"

"Hanya yang berguru je faham"

"Letih nanti nak berubat"

 

 

Namun, tidak dapat dipastikan perkara tersebut memandangkan tiada sebarang penjelasan lanjut daripada pihaknya.

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen