Kegigihan Caprice 'menyibukkan diri' untuk bantu menyelesaikan beberapa isu 'panas' di dalam negara sejak minggu lalu menyimpulkan tanggapan seorang lelaki bahawa penyanyi rap itu mengalami masalah berkaitan mental.
"Saya memang ada masalah"
Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli bagaimanapun tidak menolak cadangan individu tersebut yang memintanya untuk bertemu pakar.
Sebaliknya, dia memberitahu telahpun merujuk kepada hospital sejak berusia 18 tahun lagi berhubung dua masalah yang dialaminya.
"Sejak usia 18 tahun hingga sekarang, saya sudah jumpa pakar psikiatri untuk dua masalah."
"Pertama sekali, saya memang ada masalah anxiety (kemurungan). Saya tak boleh duduk diam, saya kena sentiasa bekerja."
"Apabila saya berhenti bekerja, tangan akan menggigil dan diserang panik."
-Caprice-
Ada masalah susah tidur
Selain itu, pemegang gelaran 'Tiger Al Quds' itu juga berkongsi 'penderitaan' lain yang ditanggung olehnya sebelum ini sehingga terpaksa bergantung dengan ubat.
"Saya ada masalah imsonia yang sangat teruk. Saya memang tak boleh tidur (waktu malam). Kalau itu berlaku, saya memang akan makan ubat tidur."
-Caprice-
Sementara itu, berhubung dakwaan mengatakan dia mengalami masalah mental Histrionic Personality Disorder (HPD), dia akan bertemu dengan pakar untuk melakukan diagnosis.
Dalam waktu sama, Caprice menegaskan sekiranya dia tidak memiliki masalah tersebut, individu tersebut perlu belanja setiap seorang netizen panadol.
Tinggalkan Komen