Perlu bergantung dengan ubat, Caprice mengaku ada masalah berkaitan mental?

Kegigihan Caprice 'menyibukkan diri' untuk bantu menyelesaikan beberapa isu 'panas' di dalam negara sejak minggu lalu menyimpulkan tanggapan seorang lelaki bahawa penyanyi rap itu mengalami masalah berkaitan mental.

"Saya memang ada masalah"

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli bagaimanapun tidak menolak cadangan individu tersebut yang memintanya untuk bertemu pakar.

Sebaliknya, dia memberitahu telahpun merujuk kepada hospital sejak berusia 18 tahun lagi berhubung dua masalah yang dialaminya.

Who is Caprice? And Why is he Trending on Social Media? - Harper's BAZAAR  Malaysia

"Sejak usia 18 tahun hingga sekarang, saya sudah jumpa pakar psikiatri untuk dua masalah."

"Pertama sekali, saya memang ada masalah anxiety (kemurungan). Saya tak boleh duduk diam, saya kena sentiasa bekerja."

"Apabila saya berhenti bekerja, tangan akan menggigil dan diserang panik."

-Caprice-

Ada masalah susah tidur

Selain itu, pemegang gelaran 'Tiger Al Quds' itu juga berkongsi 'penderitaan' lain yang ditanggung olehnya sebelum ini sehingga terpaksa bergantung dengan ubat.

"Saya ada masalah imsonia yang sangat teruk. Saya memang tak boleh tidur (waktu malam). Kalau itu berlaku, saya memang akan makan ubat tidur."

-Caprice-

Umur caprice | 💖Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Rap, Caprice

Diminta jumpa pakar? Lelaki kaitkan sikap Caprice dengan 'Histrionic  Personality Disorder'

Sementara itu, berhubung dakwaan mengatakan dia mengalami masalah mental Histrionic Personality Disorder (HPD), dia akan bertemu dengan pakar untuk melakukan diagnosis.

Dalam waktu sama, Caprice menegaskan  sekiranya dia tidak memiliki masalah tersebut, individu tersebut perlu belanja setiap seorang netizen panadol.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen