Perbuatan tidak bermoral dua orang lelaki di dalam masjid berjaya 'dirakam' oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan menghala ke ruangan solat bahagian jemaah.
Lelaki tak tahu malu, bercumbu lepas solat
Menerusi video yang dimuat naik oleh portal Xtra, kelihatan seorang lelaki berbaju putih beberapa kali mencium belakang badan serta leher rakannya yang didapati ketika itu sedang duduk tahiyyat akhir.
@xtra_my Min doakan semoga mereka diberikan hidayah 🥺🤲🏻 #fyp #xtramy #viral #surau #pekanbanting #lgbt #beritaditiktok #pdrm ♬ original sound - XTRA
Usai memberi salam tahiyyat akhir, lelaki tadi kemudian bertindak lebih agresif apabila dia dengan beraninya menyentuh kemaluan rakannya selain mencium bibir di ruangan berkenaan tanpa rasa segan.
Hampir kantoi dengan tok imam
Dalam rakaman tersebut, rakannya dilihat ada cuba menolak kemahuan lelaki tersebut yang ingin menciumnya sekali lagi dan kelakuan mereka hampir sahaja 'ditangkap' oleh seorang jemaah lelaki yang kebetulan lalu di situ.
"Umat dah tenat"
Meskipun mereka beranggapan terselamat, namun siapa sangka rakaman CCTV di dalam masjid telahpun tular dan menerima respon negatif dalam kalangan wargamaya.
"Malunya"
"Dalam rumah Allah pun jadi"
Sementara itu, sumber memaklumkan kejadian berlaku di surau Pekan Banting.
Jika benar kejadian berlaku di dalam Malaysia, ramai berharap agar kedua-dua lelaki itu menerima tindakan sewajarnya.
Tinggalkan Komen