Panik tertikam adik, ibu dedah anak ada mohon maaf pada arwah. -"Jangan benci kakak"

Minggu lalu, kita telah dikejutkan dengan satu insiden apabila seorang remaja berusia 18 tahun dikatakan tertikam adiknya di bahagian leher selepas bergaduh mulut di dalam kereta.

Sungguhpun begitu, tidak disangka apabila pertelingkahan itu bertukar kepada kes bunuh pula apabila adik lelakinya berusia 16 tahun maut dalam kejadian itu.

 

Gaduh bukan sebab berebut tempat duduk

Bercerita lanjut, ibu mereka yang berusia 43 tahun memaklumkan bahawa kejadian berlaku bukan berpunca daripada berebut kerusi sepertimana yang diwar-warkan oleh pihak media.

 

@lirahs.dhom Kes Kakak tikam mati adik di johor #kesviralterkini #kakaktikamadik #kakaktikamadikjohor #fypシ #fyp #viralvideo #999 #masukberanda #gegarvaganza9 #gv9 #alfatihah ♬ original sound - 𝙃𝙖𝙧𝙞𝙚𝙮𝙡 - 𝕷𝖎𝖗𝖆𝖍𝖘.𝕯𝖍𝖔𝖒

 

"Waktu tu dia (mangsa) tanya saya kenapa ambil lambat, lepastu dia marah-marah suruh naikkan seat terjatuh, cakap kakak pekak ke apa semua."

"Lepastu kakak provok lah, cakap lepas ni kalau abang nak minta tolong, kakak tak nak tolong."

"Jangan benci kakak"

Jelasnya lagi, selepas insiden itu kakak (suspek) juga kelihatan panik dan sambil menangis dia berulang kali menyalahkan dirinya.

Malah, dia juga meminta maaf selain akui tidak sengaja berbuat demikian.

"Maafkan kakak, kakak tak sengaja, jangan benci kakak..."

Untuk rekod, remaja berkenaan kini ditahan reman selama 6 hari bagi membantu siasatan kes tersebut.

Menurut sumber, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen