Solat jemaah di masjid atau rumah lebih afdal?

Oleh:

SIAPA yang tidak mahu merebut ganjaran solat berjemaah kerana pahalanya yang lebih banyak jika dibandingkan dengan solat secara bersendirian.

Disebabkan itu, ramai yang akan ke masjid atau surau untuk berjemaah. 

Namun, bagi mereka yang ada kekangan tertentu, kadangkala mereka hanya melakukan solat jemaah di rumah.

Persoalannya, antara solat jemaah di rumah bersama anak dan isteri serta solat jemaah di surau atau masjid, yang manakah paling afdal? Adakah bersolat jemaah di masjid atau surau pahalanya lebih banyak berbanding berjemaah di rumah?

Menjawab soalan itu, asal hukum solat bagi lelaki ialah solat berjemaah di masjid berdasarkan banyaknya hadis-hadis daripada Nabi Muhammad SAW seperti sabda baginda: "Solat berjemaah itu lebih besar pahalanya daripada solat sendirian iaitu 27 ganjaran." (Sahih al-Bukhari)

Dalam riwayat yang lain ada menyebut 25 ganjaran.

Al-Hafiz Ibn Hajar menyimpulkan 27 ganjaran bagi solat yang dibaca secara jahar (kuat iaitu Subuh, Maghrib dan Isyak), manakala 25 ganjaran pula pada solat sir (Zuhur dan Asar).

Sudah tentu pahala dan kebaikan itu untuk lelaki adalah di masjid atau surau yang mana dia dirikan solat jemaah berkenaan.

Namun, bagi wanita, tempat yang paling afdal untuk solat adalah di rumahnya kerana pahalanya lebih banyak daripada solat di masjid seperti hadis sahih riwayat Imam Ahmad.

Bagaimanapun, jika aman daripada fitnah dan kerosakan serta bertujuan untuk menuntut ilmu, tidaklah menjadi kesalahan untuk wanita hadir ke masjid kerana nabi tidak melarang wanita hadir ke masjid.

Jika sekali-sekala berjemaah di rumah juga, ia tidaklah menjadi satu kesalahan untuk menghidupkan rumah dengan jemaah dan bacaan al-Quran.

***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan Fellow Pertubuhan Multaqa Asatizah & Duat (Murshid), pendakwah dan penulis.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen