Allah Dapat Mengubah Takdir Dengan Doa Mengikut Kehendak-Nya. Mintalah Jodoh Kepada-Nya.

Bukan doa mengubah takdir. Tapi Allah dapat mengubah takdir dengan doa mengikut kehendak-Nya. Menunggu jodoh kadang satu penyiksaan buat sebahagian orang. Untuk mengubat kekecewaan tersebut, disarankan untuk mengamalkan doa ini agar disegerakan jodoh dan digantikan dengan seseorang yang lebih baik. Hidup ini tidak selalu cerah. Ada saja ujian untuk mematangkan kita. Jadi, berfikir positif dalam menempuh ujian tersebut dan perbanyakkan doa.



Antara doa yang disarankan untuk Allah mengubah takdir kita adalah:

يَمْحُو اللّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِندَهُ أُمُّ الْكِتَابِ

“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendaki-Nya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah) pada sisi-Nya ada ibu segala suratan.”

[Ar-Ra’d: 39]





Kita berfikir seakan-akan kita tidak layak untuk menerima takdir yang baik. Tetapi, dengan doa, amat mudah bagi Allah untuk mengubah takdir tersebut kerana Dia menghapuskan dan juga menetapkan segala sesuatu apabila Dia kehendaki. Jadi, mohonlah kepada Allah. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh agar Allah memperkenankan doa kita dan dipermudahkan urusan untuk ke arah tersebut.


Jika kita mahukan jodoh yang baik juga, amatlah disarankan untuk membaca ayat ini. Biarlah kita baru berusaha untuk menjadi baik sekalipun, dengan takdir Allah dia dengan ‘kacang’ boleh mengubah segalanya jika Dia mahu. Cuba, berusaha, ikhtiar sekuat mungkin. Semoga Allah merencanakan kehidupan yang bahagia buat kita.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen