Benarkah Wanita Memilih Pasangan Hidup Seperti Ayah Mereka?

“Ayah saya terlalu mengambil berat tentang saya, begitu juga dengan dia”


Benarkah wanita lebih cenderung memilih pasangan hidup yang begitu mirip seperti ayah mereka? Persamaan dari segi bagaimana, wanita memilih? Paras rupa? Fizikal? Atau karektor?

1. Psikologi daripada kecil.

Isu tentang wanita memilih pasangan hidup seperti ayah mereka walaubagaimanapun adalah benar. Namun ia bergantung bagaimana kehidupan wanita itu semasa kecil. Adakah ditatang seperti minyak yang penuh? Atau pun tidak diberi kasih sayang yang secukupnya ketika kecil kerana ayahnya bekerja siang dan malam.

Ini terjadi kerana, ayah adalah lelaki pertama mencintai anda sepenuh hatinya sejurus  anda dilahirkan. Suara ayah iqomat pada telinga, bermain bersama-sama ketika kecil, ayah sentiasa menemani di mana sahaja anda berada, dan tiada yang lain. Jadi, anda seperti telah set kan minda anda untuk menyintai lelaki seperti ini sejak kecil lagi.

Jika, daripada kecil anda tidak mendapat kasih sayang yang cukup daripada seorang ayah atau anda tidak memiliki seorang ayah, anda seperti mencari pasangan yang lebih tua daripada anda menurut kajian. Ini kerana anda mungkin menagih kasih sayang dan perlukan perlindungan daripada seorang lelaki.

2. Namun jangan pula terlalu fanatik.

Jika sehingga terlalu fanatik seperti sindrom oedipus complex iaitu mencari pasangan yang persis dengan ayahnya itu, ia di anggap tidak sihat. Anda terlalu mahu pasangan yang mempunyai rupa paras seperti ayah, karektor seperti ayah lalu ia akan melahirkan harapan yang tinggi. Jika anda kecewa dengan pasangan tidak mirip seperti ayah, anda seolah-olah untuk berhenti mencari pasangan hidup.

Seperti yang anda tahu, jodoh itu ketentuan Ilahi. Allah akan menemukan jodoh yang kita perlu, tetapi bukan apa yang kita mahu kerana terlalu menurut nafsu. Malah, pasangan yang mirip seperti ayah adalah mainan psikologi dalam minda anda ketika kecil. Jika anda memilih pasangan yang tidak mirip seperti ayah, ia adalah dalam jangka masa yang pendek dan anda tidak mungkin akan mengakhiri zaman bujang dengan pasangan. Terpulang pada setiap individu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen