Mengapa Agama Dan Keturunannya Itu Penting Dalam Mencari Jodoh?

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam mencari peneman hidup ini pasti pelbagai aspek yang perlu dilihat selain ia memenuhi cita rasa diri. Di samping mengejar dan mencari idaman hati untuk menghiasi hidup pada masa kan datang terdapat beberapa perkara yang perlu dititik beratkan menurut agama. Menurut Islam, dalam mencari jodoh perlulah melihat agama, kecantikan, keturunan dan harta seseorang itu. Sebelum menerimanya untuk menjadi suami atau isteri kelak. Mengapa pentingnya empat perkara ini?


Nabi S.A.W bersabda: “Wanita itu dikahwini kerana dengan sebab hartanya, kecantikannya, keturunannya dan keagamaannya.” (Riwayat Bukhari Muslim).




Memang benar jodoh dan pertemuan itu telah ditakdirkan oleh Allah. Tapi dalam pencarian kita sendiri sebelum menemui jodoh, empat perkara ini adalah memainkan peranan penting. Hal ini kerana, ia akan membentuk anak dan keturunan kita pada masa akan datang.

1. Mengapa agamanya penting?


“Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian adalah yang paling bertaqwa.” (QS. Al Hujurat: 13)


Ini adalah perkara yang paling penting. Sebelum memilih seseorang itu, lihat lah agamanya dahulu. Jika dia tahu mana yang baik dan buruk serta tidak melanggar larangan Allah, maka dia berhak diberi peluang. Selain itu dia tahu di mana hendak bersujud apabila tiba waktunya, juga merupakan seorang calon yang baik. Hal ini kerana, ia mampu membimbing keluarga menuju ke jalan Allah.

2. Mengapa keturunannya penting?

Dalam mencari jodoh yang elok, tidak salah jika kita melihat keturunannya. Bagaimana perilaku kedua ibu bapanya. Jika elok perilakunya maka eloklah zuriatnya. Hal ini kerana, ia dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang nanti. Ia juga mampu mempengaruhi akhlak dan keimanan seseorang. Selain itu juga, keturunan yang tidak setaraf atau sekufu akan membawa kepada masalah pada masa akan datang.

3. Mengapa kecantikan dan ketampanan itu penting?

Ini adalah perkara yang biasa dalam mencari jodoh. Setiap orang akan memandang kecantikan dan ketampanan seseorang sebelum memilihnya untuk menjadikan calon. Namun ia sebenarnya bukanlah perkara yang utama.


“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana ingin melihat kecantikannya, mungkin kecantikan itu akan membawa kerosakan terhadap diri sendiri dan janganlah mengharapkan harta kekayaannya kerana mungkin dengan harta itu mereka menjadi sombong tetapi kahwinilah mereka itu kerana agama dan sesungguhnya hamba perempuan yang hitam lebih baik asalkan ia beragama”. (Riwayat Ibnu Majah dab Baihaqi).


4. Mengapa hartanya penting?

Ia tidak ditekankan secara umum kerana tidak terlalu penting seperti agama dan keturunannya. Tetapi dalam pencarian jodoh ini jangan lah memandang kepada hartanya. Di samping itu janganlah menolak seseorang itu kerana tidak memiliki harta. Hal ini kerana, harta itu boleh dicari selepas terbinanya satu ikatan yang sah bersama-sama.

Ini adalah mengapa empat perkara ini penting dalam mencari jodoh menurut Islam. Walau bagaimanapun, ia bergantung pada individu tersebut untuk memilih teman hidupnya dari pelbagai segi dan bentuk.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen