Wanita Lasak Dan Aktif Menjadi Idaman Lelaki.

Setiap orang mempunyai karekter yang berbeza. Begitu juga dengan wanita. Ada yang lembut, kasar, tegas, berkeyakinan, manja, kuat marah dan banyak lagi. Antara menjadi pilihan hati seorang lelaki adalah wanita yang lasak dan aktif. Kenapa karekter ini yang mereka pilih?



1. Mudah berdikari.

Wanita aktif sememangnya tidak boleh duduk diam. Ada sahaja yang perlu mereka lakukan. Jika sikap ini ada pada seorang wanita, lelaki sangat beruntung. Kerana jika mereka masih sihat hingga ke tua, maka teraturlah segala urusan di rumah. Kemas dan menenangkan mata. Itu pun jika mereka ada sikap rajinlah. Kalau tak ada, tak boleh buat apa juga ya. Mereka boleh hidup di mana saja. Campak je. Hehehe Tapi jangan test sudah. Kesian dia nanti.

2. Tegas.

Sebelum berumah tangga, jika anda melihat dia seorang yang tegas di hadapan lelaki, percayalah, saat berumah tangga nanti karekternya akan berubah sedikit demi sedikit. Bukan apa, dia malas nak layan lelaki. Dia tahu banyak buaya darat di luar sana. Hehe Sifat keibuan mereka akan terserlah setelah mempunyai anak kelak. Apa pun tidak perlu risau, bab menguruskan anak insyaAllah mereka boleh uruskan. Small matter bagi mereka. Tegas dalam lembut mereka ni.

3. Berkongsi aktiviti.

Jika anda dan si dia mempunyai hobi yang sama. Alangkah beruntungnya anda mendapat wanita tersebut. Ke mana saja anda pergi, ada orang di sisi. Saat penat, ada yang hulurkan air, picit badan saat lenguh, bantu apabila diperlukan.

4. Pembantu setia.

Bukan orang gaji ya. Sifat wanita lasak dan aktif biasanya mereka sudah terbiasa melakukan pelbagai tugasan. Boleh lakukan apa saja. Setakat bawa kereta manual tu, apa sangatlah. Kacang saja. Bila diperlukan, dia boleh membantu anda. Tidak gerun, malah suka juga mengambil risiko.


Wanita bagaimana yang anda suka? Buatlah pilihan yang bijak. Jika anda mempunyai cita-cita untuk dapatkan wanita sebegini, kawal juga mereka nanti ya. Sebab mereka ni keras kepala juga kadang kala. Hehe Yang penting cari yang beragama bro!


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen