Apakah Perasaan Sebenar Wanita Yang Menjadi  Perigi Mencari Timba?

Seperti yang kita tahu, wanita ini tinggi martabatnya untuk menjaga maruah. Menjual mahal kepada sang lelaki dalam memberikan cinta kerana ingin menjaga ikhtilat. Namun, siapa sangka dengan mengikut peredaran masa, kini wanita semakin berani untuk mencuba merisik lelaki yang mereka sendiri minati.

“Eh, laki zaman sekarang ni kenapa lambat sangat eh? Aku suka dia kot, dia tak boleh nampak ke?”

Dalam soal mencari jodoh, wanita yang menjadi perigi mencari timba, perlu tahu bahawa Saidatina Khadijah r.a melamar Nabi Muhammad s.a.w , itu bukanlah bermakna beliau ‘mengurangkan’ atau ‘merendahkan’ martabat dirinya sebagai wanita. Tetapi beliau masih mengekalkan martabat tinggi dengan ‘tepat cara dan tindakan’.

Namun begitu, wanita zaman sekarang seolah-olah tidak menjaga maruah, tidak tahu malu dan akhirnya menggedik hanya kerana lelaki yang diminati. Percayalah, tindakan ini akan makan diri anda dan langsung tidak mendatangkan faedah. Apa yang perlu dibuat adalah kekalkan martabat dan sifat malu anda di tahap yang sepatutnya.

Jadi, apakah perasaan sebenar wanita yang menjadi ‘perigi mencari timba’ ni? Malu! Sebenarnya malu!

Malu dan rasa diri tak berguna jika cinta tidak terbalas...

Malu dan rasa segan apabila lelaki mula mengambil kesempatan tidak kira dari segi harta mahupun tenaga...

Malu kerana mereka hanya lah dijadikan sebagai wanita sandaran sahaja, kerana lelaki tahu wanita seperti ini hanya mahu kan perhatian...

Malu kerana sering di jadikan sebagai bahan ejekan oleh rakan-rakan...

Malu kerana dia sanggup memulakan langkah dahulu kerana kata orang, tidak salah untuk mulakan langkah tetapi akhirnya….

“Malu, malu, malunya!!”

Jika benar anda mahu menjadi salah seorang wanita yang mencari timba, tidak salah, tapi perlu dengan cara yang betul. Tidak perlu terhegeh-hegeh kepada lelaki jika anda nampak dia seperti tidak minat kepada anda. Apabila anda sudah mencuba sekurang-kurangnya 3 kali percubaan, mungkin anda boleh mengundur diri jika si dia tidak pernah mencuba untuk mengorat anda kembali.

Mudah kan? Jangan lupa jaga maruah wahai wanita!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen