Hukum Memakai Inai Yang Bercorak Bagi Wanita.

Oleh: Zuzu Yasmine

Persiapan majlis perkahwinan pada masa kini tidak meriahlah jika tidak ada majlis berinai ataupun dikenali sebagai malam berinai. Jadi masing-masing akan menyediakan tangan untuk dilukis tangannya baik pengantin mahupun saudara mara terdekat. Lagi-lagi bila inai sekarang dah ada macam-macam warna. Warna oren, merah, hitam dan putih. Jadi makin meriahlah majlis perkahwinan ini.



Memakai inai di kaki dan tangan adalah diharuskan bagi seorang wanita yang belum berkahwin ataupun yang sudah berkahwin. Namun, penggunaan inai tersebut hanya dihadkan sehingga pergelangan tangan sahaja. Tapi kalau dah sampai atas lengan dan betis adalah tidak diharuskan.

Sememangnya inai masa kini terdapat banyak warna, tetapi penggunaan warna inai yang tidak bersifat kekal seperti tatu mempunyai unsur yang meragukan adalah dilarang sama sekali. Jadi dalam seronok membuat inai berhati-hati dalam memilih bahan dalam pembuatannya.

Mengenai corak yang akan dilukiskan pula adalah seperti berikut:

1. Daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan.

2. Corak haiwan, lambang atau gambaran yang bertentangan dalam syarak adalah dilarang.

“Adapun menginai dua tangan dan dua kaki maka disunatkan bagi wanita…” (Aun al Ma’bud Syrah Sunan Abu Daud).

Bagi lelaki pula, pengguna inai pada jari kaki dan tangan adalah tidak diharuskan tetapi dibolehkan pada sebilangan jari bertujuan untuk perkahwinan dan perbuatan.

Jadi kesimpulannya penggunaan inai yang bercorak ini dibolehkan selagi tidak mempunyai unsur-unsur yang tidak baik. Semua pilihan di tangan anda, dan anda juga yang memilih untuk memakainya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen