Jangan Pernah Ada Rasa Bosan Pada Pasangan.

Ketika mula berkenalan, hubungan yang terjalin pantas sahaja masa berlalu. Sehinggakan rasa rindu yang terbit dari hati tidak dapat lagi diluahkan dengan kata-kata. Sering berjumpa, sering menemani si dia kemana sahaja dia berada, sering melakukan segala aktiviti bersama, orang luar yang memandang juga pelik, tidak bosan kah anda pada pasangan? Hanya mereka yang bercinta sahaja mengetahui perasaan mereka masing-masing.

Tetapi bagaimana pula pasangan yang sudah berumah tangga? Masih lagi merasakan percikan cinta seperti waktu mula berkenalan dahulu? Atau sudah mula bosan dan menyampah dengan segala telatah si dia? Komitmen pada kerja dan anak yang menyekat komunikasi anda dengan si dia?

3 fasa yang berbeza pada perkahwinan, yang anda perlu tahu. Kepada yang bakal berkahwin, anda juga perlu mempelajari sesuatu daripada situasi di bawah.

Situasi Pertama:

Fasa 1: “Hai si cantik manis, masak apa hari ni? Sedap nya bau”

Fasa 2: “Malam ni kita makan apa ya?”

Fasa 3: “Asyik lauk yang sama je”


Situasi Kedua:

Fasa 1: “Pilih la baju ni, sesuai sangat dengan awak, cantik!”

Fasa 2: “Eh, kenapa beli baju lagi? Hari tu kan saya baru belikan untuk awak?”

Fasa 3: “Raya hari tu kan, baru beli?”

Situasi Ketiga:

Fasa 1: “Awak tu perempuan, jangan buat kerja berat-berat, biar abang yang kemas semua”

Fasa 2: “Awak kemas la dulu, nanti abang tolong”

Fasa 3: “Ada berita penting ni….”

Tanpa anda sedari semakin lama perkahwinan itu, semakin singkat komunikasi antara pasangan suami isteri. Nada suara pun berubah. Intonasi menjadi semakin garang dan tegas. Di awal perkahwinan, semuanya manis, manja dan sering berpegang tangan. Tetapi akhirnya…

Jangan abaikan pasangan. Jangan biarkan pasangan terkapai-kapai. Jom baca 6 Tabiat Buruk Yang Boleh Menghancurkan Perhubungan Anda Dengan Si Dia dan Mengapa Perasaan Cinta Boleh Berubah Kepada Benci? 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen