Mereka Yang Single Sahaja Dapat Memahami 5 Situasi Ini.

Insan yang keseorangan tidak semestinya mereka itu kesunyian, tetapi menjadi keseorangan adalah atas pilihan mereka, kerana mereka terlalu selesa tanpa komitmen. Walaubagaimanapun, jauh di sudut hati mereka sudah tentu ingin berpasangan, tetapi belum sampai waktu dan masanya. Masyarakat sekeliling juga sering mempersoalkan status mereka, sehingga mereka telah menjadi lali dan malas mahu melayan.

Jadi, apakah situasi atau perkara yang hanya mereka dari golongan yang single sahaja dapat memahami?

1. Menerima kad jemputan kahwin.

Sudah pasti sebulan dalam sekali, atau pun setiap minggu pasti si single akan menerima jemputan perkahwinan daripada sahabat mahupun saudara mara. Tetapi situasi yang paling kekok atau anda hanya boleh mampu gelak bersendirian apabila, nama yang tertera di atas kad itu

‘Di Jemput Hadir (Nama Anda) dan pasangan’

“Pasangan pun tak ada, nak ajak siapa?”

2. Hidangan untuk 2 orang.

Tidak kira sama ada di restoran atau pun mereka cuba untuk masak sendiri di rumah, makanan yang dihidangkan cukup untuk 2 orang kerana pasti akan berlebihan. Tidak pasti ketika itu anda mahu diet atau kongsi bersama rakan. “Sedekah lagi baik” anda bermonolog.

3. Apabila sahabat baik anda bakal berkahwin.

Tidakkkkkk!!!! Anda seperti gelisah dan risau, jika boleh anda mahu menyorokkan perasaan gelisah ketika itu. Dengan siapa anda mahu bergossip selepas ini? Keluar shopping bersama? Teman tidur malam bersama? Jika mahu whatsapp selepas ini, anda semakin berhati-hati dan sentiasa melihat waktu yang sesuai untuk menghubungi sahabat baik.

4. Sahabat mudah mendapat pasangan.

Isu agak kontroversi, tetapi ini adalah lumrah hidup. Mungkin perceraian adalah kata putus yang sesuai ketika itu atau putus hubungan cinta. Anda memujuk rakan anda untuk tidak berasa sedih dan move on dengan cepat. Anda keliru mahu berasa sedih atau gembira, kerana sahabat anda kembali single seperti anda. Tidak sampai setahun, sahabat anda sudah ada pasangan lain dan bercadang untuk berkahwin. Tetapi anda masih single.

5. Family Gathering.

Seronok apabila dapat berkumpul dengan semua keluarga kita. Tetapi mereka semua sudah berpasangan dan mempunyai anak-anak. Mereka semua sibuk uruskan hal keluarga mereka, tetapi anda hanya menguruskan diri sendiri. Hati ketika itu, keliru untuk gembira atau bersedih. Tetapi yang pasti anda masih dapat mengawal perasaan.

Artikel lain tentang single yang anda boleh baca
1. Jika Anda Masih Single, Apakah Kategori Cinta Yang Anda Lalui Sekarang?
2. Ibu Bapa Mahu Pasangan Yang Sempurna, Menyebabkan Anda Menjadi Single Terlalu Lama?
3. Apa Perasaan Gadis Single Apabila Semua Sahabat Baiknya Sudah Berkahwin? Tips Untuk Yang Masih Single.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen