Pasangan Tidak Pernah Post Gambar Anda Di Sosial Media? Kenapa Ye?

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila sedang hangat dalam perhubungan, biasanya kedua-dua belah pihak akan memuat naik gambar bersama. Tidak kiralah apa sahaja aktiviti yang dilakukan. Pasti ingin diletakkan sebagai kenangan di media sosial. Tapi itu bagi sesetengah orang tapi bagi yang lain pula, mereka ini lebih memilih untuk tidak memuat naik gambar pasangan mereka. Kenapa ye? Tapi jangan cepat melatah, mungkin mereka ada sebab yang tersendiri.



1. Tidak mahu show off.

Antara sebab yang kita boleh lihat ialah, mereka ini tidak mahu show off. Mereka ini tidak mahu dikatakan menunjuk-nunjuk. Lagi-lagi kalau diserang oleh makcik dan pakcik bawang, mahu malu mereka nanti. Jadi adalah lebih baik gambar yang diambil untuk hanya menjadi tatapan dirinya dan pasangannya.

2. Jaga hati rakan yang single.

Mereka ini juga ingin menjaga hati orang yang single ini. Yelah, kalau hati yang single ini terasa seperti memperli payah juga kan. Lagipun, tidak semua orang yang menjadi rakan di laman media sosial ini telah berpunya. Rasanya ramai sahaja yang masih single dan mencari-cari pasangan. Jadi apabila kita menunjukkan rasa bahagia kita di media sosial ini pasti akan disalah ertikan.

3. Bukan muhrim bagi yang belum berkahwin.

Bagi pasangan yang belum berkahwin, adalah tidak elok memuat naik gambar berdua-duaan ini. Yelah, kan bukan muhrim. Nanti bila saudara mara dan ahli keluarga kita lihat. Apa pula tanggapan mereka terhadap kita. Mestilah akan memalukan air muka mak ayah kita juga. Jadi lebih baik tidak payah muat naik bukan.

4. Ditakuti jika ada yang berhasad dengki.

Risau kalau ada yang cemburu melihat kebahagiaan. Kita tidak tahu apa yang ada di dalam hati setiap orang. Mana tahu mereka tidak berpuas hati dengan kita ke? Atau mereka berminat dengan pasangan kita. Jadi untuk menggelakkan ada yang terluka, adalah lebih kita simpan sahaja gambar-gambar kita dengan pasangan kita.

Kita sebenarnya tidak boleh melatah apabila lihat pasangan kita ini tidak memuat naik gambar bersama. Janganlah kata tidak sayang ataupun mereka ini curang. Lebih baik memikirkan dari sudut positif berbanding negatif.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen