5 Tanda Lelaki Clingy. Adakah Wanita Tertarik Dengan Lelaki Seperti Ini?

Pasangan yang menjadi terlalu rapat, dan pergi ke mana sahaja tentu mereka berdua tidak boleh berpisah. Mereka di anggap seperti peribahasa pasangan ‘ibarat belangkas’. Tetapi jika salah seorang daripada pasangan sahaja yang menjadi belangkas, seperti bertepuk sebelah tangan pula. Jika lelaki yang seperti belangkas, adakah si dia bukan idaman wanita? Adakah kelakuan mereka kelihatan sangat menakutkan?

Jadi bagaimana untuk mengetahui seorang lelaki itu ibarat belangkas? Jom Baca!

1. Suka memberi soalan demi soalan, sehingga anda berasa rimas.

Di awal perkenalan, sudah tentu anda berdua akan berasa kekok, tetapi lelaki seperti ini tidak pula merasakan perasaan yang sama kerana mereka terlalu banyak persoalan untuk ditanya. Berkemungkinan ini kali pertama mereka bertemu janji dengan wanita cantik seperti kamu, tetapi jika bertubi-tubi soalan yang di ajukan, mereka sudah tentu seperti belangkas.

Hati-hati! Jangan terjerumus dengan soalan maut!

2. Menerima whatsapp sepantas kilat, dan mungkin juga tiada had masa.

Apabila anda berkenalan dengan lelaki seperti ini, sudah tentu anda akan memberi nombor telefon kepadanya. Sejurus sahaja mereka menyimpan nombor telefon anda, anda sudah menerima mesej daripada mereka. Pantas! Anda mungkin tersenyum kerana mereka seperti mengambil berat tentang anda, tetapi hati-hati ya!

3. Perbualan di whatsapp tiada penghujung.

Pantas mereka menghantar mesej kepada anda, pantas juga mereka memberi respon. Setiap kali anda memberi respon yang positif kepada lelaki ini, peluang dia untuk mendekati anda menjadi tinggi. Mereka seumpama dapat merasakan bahawa anda juga menyukai mereka dan selesa untuk bertemu kembali. Selain daripada itu, mereka juga tidak berhenti dan seperti tidak mahu berhenti daripada menghantar mesej kepada anda, sehingga kan tiada ‘Bye’ pada perbualan anda berdua.

4. Mereka menjadikan anda orang yang penting dalam hidupnya.

Mereka sentiasa menjadi orang yang pertama yang menghantar mesej pada anda. Dan tidak kira di mana sahaja anda berada, mereka juga lah insan yang terawal untuk berjumpa dengan anda. Menakutkan jika anda tidak selidik siapakah diri mereka yang sebenar. Kelihatan, mereka bersungguh-sungguh untuk berkenalan dengan anda.

5. Terlalu mahukan diri anda expose kisah silam.

Di samping itu, pada mereka, anda begitu menarik perhatian si dia. Apa sahaja mengenai anda, ada sahaja dia mahu persoalkan termasuk kisah silam anda. Mereka ingin tahu siapa bekas kekasih anda, bagaimana ia berakhir dan bagaimana bekas kekasih boleh memikat anda.

Soalan-soalan begini akan terjerumus pada soalan yang tidak akan di jangka, dan akan membuka aib anda. Hati-hati! Jika anda mahu ada hubungan yang serius dengan lelaki seperti ini, berkemungkinan besar mereka akan mengungkit kisah silam anda!

Artikel lain yang berkaitan anda boleh baca:
1. Lelaki ‘Tall, Dark And Handsome’ Menjadi Tarikan Si Gadis? Adakah Mereka Setia?
2. Lelaki Lebih Drama Daripada Wanita. Apakah Akan Dilakukan Oleh Lelaki Jika Mereka Dilamun Cinta?
3. Adakah Seorang Lelaki Yang Baik, Sukar Untuk Dicintai?

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen