Bercinta Untuk Mencari Jodoh.

Bercinta sebelum nikah memang indah. Tapi, bercinta setelah nikah lagi indah dengan menjaga hubungan sebelum menerima akad perkahwinan. Bercinta sebelum nikah adalah palsu semata-mata. Berapa ramai pasangan sebenarnya hidup dalam penipuan. Melihat pasangan betul dan benar belaka. Semuanya sempurna di mata kasar kita.



Malah lebih menyedihkan, kita sendiri sebenarnya telah melakukan penipuan terhadap diri sendiri. Berapa banyak perkara yang kita sorokkan di depan pasangan. Kekurangan itu ditutup rapat agar pasangan terus mencintai kita.

Bercinta sebelum nikah. Untuk apa sebenarnya? Untuk mencari jodoh? Kekalkah cinta tersebut hingga ke jenjang pelamin? Adalah kita terlupa akan jodoh, maut itu Allah saja dapat menentukan. Berusaha untuk mencari jodoh itu perlu. Tetapi dengan bercinta sebelum nikah amatlah dilarang oleh Islam.

Jika sudah berkenan di hati, teruskan saja bertemu kedua ibu bapa untuk mengikat perhubungan yang halal di antara kedua pihak. Dengan itu, kehormatan keduanya lebih terpelihara oleh Allah. Bahkan perkahwinan nanti mendapat keredaan daripada-Nya.


Apabila sudah terlanjur bercinta bagaimana? Pesanan saya, putuskan saja. Percaya akan janji Allah bahawa jodoh itu ketentuan Yang Maha Esa. Jika benar dia jodoh kita, dengan mudahnya Allah akan mengatur pertalian tersebut.

Bertaubatlah kepada Allah. Kerana sebenarnya kita telah menduakan cinta terhadap Allah. Berapa ramai orang yang sedang bercinta, hatinya semakin kosong sebenarnya. Malas untuk beribadah, selalu teringat akan pasangan, banyak membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah dan sia-sia.

Berusahalah sekuat mana kita dalam bercinta untuk mencari jodoh. Jika dia bukan jodoh kita, tetap dia tidak akan bersama untuk menjadi pasangan hidup. Fakta ini terbukti, ada saja orang bercinta bertahun-tahun, berpuluh-puluh tahun, tapi akhirnya pasangan itu tidak menjadi jodoh dia.

Jadi, carilah cinta Allah terlebih dahulu. Nanti akan datang kepada kita pasangan hidup yang juga mencintai Allah untuk bersama membina keluarga yang bahagia kelak.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen