Kisah Wanita Solehah: Harta Atau Suami Menjadi Pilihan Kau?

Isteri Umar bin Abdul Aziz adalah seorang berturunan diraja yang bernama Fatimah binti Abdul Malik. Atau dikenali juga sebagai Umam ‘Iyal. Datuknya ialah Raja Marwan, Ayahnya Raja Abdul Aziz bin Abdul Malik, adik beradik, suaminya juga adalah raja iaitu Raja Umar bin Abdul Aziz. Peninggalan harta dari keturunan ini terlalu banyak.

Ketika Umar menjadi khalifah, dia sedang melihat isterinya memakai perhiasan peninggalan keluarganya. Lalu Umar bertanya kepada isterinya, “Wahai Fatimah, engkau lebih memilih harta itu atau aku?” “Maksud engkau?” Tanya Fatimah. “Jika engkau memilih aku, maka wakafkanlah semua perhiasan di istana ini kepada Baitul Mal agar dapat diberikan kepada fakir miskin. Satu perhiasan sekalipun tidak boleh ada di dalam istana ini. Tapi sekiranya engkau memilih harta, maka tinggalkan aku. Kita berpisah.” Kata Umar bin Abdul Aziz.



Maka, Fatimah menjawab dengan tenang kepada suaminya, “Tiada di dunia ini yang lebih aku cintai selepas Allah dan Rasul selain engkau wahai suamiku. Segala harta akan aku tinggalkan untuk diberikan kepada Baitul Mal. Agihkanlah semuanya kepada fakir miskin”

Selepas itu, mereka mencari dan kumpulkan semua harta. Kemudian diberikan kepada Baitul Mal. Begitulah setianya seorang isteri kepada suaminya. Sanggup kehilangan harta demi menunaikan perintah suaminya dan menggadaikan semua harta untuk orang yang lebih memerlukan.

Ketika Umar Abdul Aziz meninggal dunia, diganti pemerintahnya dengan adik Fatimah. Maka, datanglah adiknya ke rumah Fatimah dan berkata, “Fatimah, semua harta yang engkau infakkan dahulu ada di Baitul Mal. Harta tersebut yang masih belum diberikan kepada fakir miskin, jika engkau mahu, akan aku berikan kepada engkau wahai Fatimah.” Fatimah kemudian menangis dan berkata, “Aku tidak mencari akhirat kerana Umar bin Abdul Aziz, tapi aku mencari akhirat kerana Allah. Jika aku menyembah Umar, dia telah pun tiada. Sekiranya aku menyembah Allah, Allah itu Maha Hidup dan tidak akan mati.”


Inilah yang dimaksudkan isteri solehah. Agama lebih dia cintai daripada segalanya. Dia sanggup kehilangan harta demi agama atas perintah daripada suami. Bayangkan jika dia lebih mencintai harta, sudah tentu suaminya akan dia tinggalkan, menjadi orang yang angkuh dengan harta tersebut. Tetapi tidak bagi Fatimah, dengan taatnya dia kepada suami dan patut terhadap suruhan Allah, dia korbankan segalanya.

Semoga kisah ini menjadi teladan kepada kaum wanita supaya dapat menjadi isteri solehah. Carilah sebanyak mungkin kisah-kisah yang boleh dijadikan inspirasi agar kita menjadi orang yang cintakan Allah dan Rasul, kemudian mencintai orang yang selayaknya kita cintai.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen