Petanda Seseorang Sukakan Anda Dalam Diam.

Mencintai seseorang adalah fitrah kehidupan. Suka dalam diam ini adalah normal. Samaada lelaki atau perempuan, kedua-dua pihak akan ada sifat begini. Mungkin malu untuk mengatakan cinta, ingin menjaga pergaulan sebelum bernikah atau sengaja disembunyikan. Antara petanda seseorang sukakan anda dalam diam iaitu:



1. Memberikan hint.

Ini adalah teknik biasa yang digunakan untuk menyatakan dia menyukai anda. Tidak disebutkan dengan jelas. Tapi apabila anda cakna akan maksud yang disampaikan, anda akan mengetahui bahawa dia sedang mencintai anda.

2. Stalker.

Di dunia maya sekarang memudahkan kita untuk mengenal seseorang. Seorang yang sukakan anda dalam diam akan mencari maklumat mengenai anda sebanyak mungkin untuk mengetahui karekter anda. Dia juga yang suka like akan status di facebook dan sebagainya. Kadang, status lama pun dia like. Eh. Apa maksudnya tu? Faham-faham jelah.

3. Suka membantu.

Jika sudah suka, apa saja sanggup dilakukan. Oleh itu, dia akan membuat hati anda senang akan dirinya supaya anda jatuh cinta kepadanya. Apabila diminta bantu, sungguh ringan tulang, malah dia akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh.

4. Pandangan.

Jika anda dan si dia duduk berdekatan, sudah tentunya akan sentiasa berjumpa. Oleh itu, dengan kehadiran anda, si dia akan melihat anda dari jauh. Sekiranya anda tiada dalam waktu-waktu tertentu, sudah tentu hatinya menjadi gelisah tanpa kehadiran anda ditempat tersebut. Ataupun, saat melihat anda, karekternya akan berubah serta merta. Tiba-tiba saja perangainya pelik dari kerekter sebenar.


Ini antara tanda-tanda suka akan anda dalam diam. Jika anda menaruh hati juga terhadap dia, segerakan saja untuk bernikah. Bukankah itu lebih elok? Percepatkan dan semoga berjaya. Kalau tidak suka, berterus terang sajalah. Tapi jangan sampai dia terasa hati. Jaga kata-kata agar dia tidak terguris dengan kat-kata tersebut.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen