Wanita: Tanya 4 Soalan Ini Kepada Pasangan Anda Untuk Tahu Adakah Si Dia Sudah Bersedia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila dan bercinta lama ini, kita hanya mengutamakan rasa sayang dan kasih kita pada ketika itu. Tidak pula memikirkan hal-hal yang akan datang. Apa yang dimaksudkan dengan hal-hal yang mendatang ialah apabila anda dan pasangan berkahwin bagaimana dengan masa depan anda. Kadang kita hanya akan memikirkan majlis perkahwinan kita seperti duit hantaran dan persiapan perkahwinan tapi bagaimana pula dengan kehidupan selepas berkahwin? Buat wanita yang bakal berkahwin, anda mungkin boleh bertanya empat perkara ini kepada bakal suami anda.



1. “Wanita yang bagaimana awak cari?”

Ini adalah perkara yang perlu ditanya, ciri wanita yang bakal suami kita cari. Ditakuti apabila sudah berkahwin nanti, si dia kata kita bukan taste dia pula. Susah juga nanti. Anda juga mungkin boleh berubah menjadi wanita idamannya jika anda benar-benar sayang akan pasangan anda. Mana tahu kan?

2. “Bila dah kahwin nanti tinggal dekat mana?”

Soalan ini adalah perkara yang paling penting buat pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. Sebagai seorang wanita anda perlu tanya pasangan anda, jangan nanti bila sudah berkahwin anda pula memberontak kerana terpaksa ikut kemahuan suami. Jadi sebelum berkahwin tanya dahulu di mana anda bakal tinggal. Adakah akan menyewa rumah ke, pasangan sudah ada rumah sendiri atau anda akan tinggal bersama ibu bapa mertua anda. Ha, yang mana jawapan pasangan anda.

3. “Macam mana awak uruskan perbelanjaan rumah?”

Apabila bercakap mengenai urusan kewangan selepas berkahwin, pasti ia akan menggunakan wang yang banyak. Tapi bagaimana pasangan anda akan menguruskan perbelanjaan tersebut. Sama ada anda akan turut dalam perbelanjaan rumah nanti atau tidak. Bagaimana pembahagian wang perbelanjaan rumah tersebut.

4. “Kalau isteri awak gaduh dengan ibu awak macam mana?”

Ini juga anda perlu tanya pasangan anda. Kita tidak minta untuk berlaku sebarang pergaduhan tapi lebih baik buat persiapan terlebih dahulu. Hal ini kerana tidak mahu anda terasa dianiaya apabila si dia melebihkan ibunya. Mungkin dengan cara ini anda akan mencari cara untuk menambat hati ibunya terlebih dahulu dengan lebih dekat.

Empat soalan ini perlu ditanya sebelum anda dan pasangan mengambil langkah yang lebih serius dalam perhubungan. Hal ini kerana, untuk menggelakkan pergolakan dalam rumah tangga anda nanti. Jika anda terdapat persoalan di minda anda, tanya sahaja ketika bercinta agar tidak menyesal di kemudian hari.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen