5 Sebab Mengapa Wanita Suka Berleter.

Mulut becok, banyak keletah, sering membebel boleh di jadikan sebagai hobi wanita. Satu hari jika tidak membebel itu bukan lah perkara yang normal bagi mereka. Bukan sahaja membebel pada pasangan, pada anak-anak, pada sahabat, pada haiwan peliharaan, malah pada perkara di sekeliling mereka. Ada sahaja mahu di bebel kan.

Jika terlalu serabut, membebel pada diri sendiri atau bermonolog juga sudah memuaskan hati mereka. Jadi, mengapa wanita ini suka membebel atau berleter, jom baca 5 sebab ini!



1. Untuk mempertahankan hak mereka.

Pada yang telah berkahwin atau mempunyai pasangan, wanita gemar berleter pada pasangan mereka setiap masa. Ini kerana, kadang kala mereka berleter untuk mempertahankan hak mereka supaya pasangan melakukan apa yang mereka mahu. Wanita seperti ini agak ego dan degil kerana mereka sahaja yang benar pada setiap perkara, jadi pasangan perlu mendengar leteran mereka sehingga habis dan jangan menyampuk. Nanti anda akan kena super saiyan daripada mereka. Hehe.

2. Untuk membalas dendam.

Tanpa tidak sedar, wanita membebel hanya kerana untuk menyakiti hati orang lain. Perbuatan yang mereka tidak sedar ini, akan mengguriskan hati ramai pihak. Ingat! Mereka bertindak begini dalam keadaan yang tidak sedar kerana terlalu ber emosi. Jadi, orang sekeliling jangan menambahkan amarah mereka dan cuba untuk menenangkan keadaan. Api lawannya air bukan?

3. Terancam.

Wanita akan membebel ketika hati dan perasaannya ketika itu terasa terancam. Apabila mereka rasa tidak selamat seperti ada wanita lain yang lebih cantik daripadanya, dan pasangan hanya memerhati wanita tersebut. Haaaa, apa lagi tunggu la habuan mulut becok daripada pasangan awak ye cik abang! Jangan lupa memujuk mereka, memberi mereka perhatian, luangkan lebih masa dengan mereka dan yang paling penting jangan berahsia!



4. Tidak sabar.

Memang lumrah manusia, jika tahap kesabaran mereka telah mencapai tahap maximum, mereka akan mula berleter kerana terlalu mengikut perasaan.

5. Paranoid.

Mungkin wanita seperti ini mempunyai banyak kisah silam yang terlalu membuatkan mereka takut untuk berjumpa orang mahu pun perkara yang trauma. Apabila paranoid, mereka terlalu berfikiran negatif dan sentiasa memikirkan perkara buruk akan berlaku. Mereka terlalu berhati-hati, hinggakan “Awak okay tak?”, “Tolong bawak kereta hati-hati, nanti kemalangan”, “Jangan tinggal kat apartment nanti senang jatuh!”, “Jangan guna dapur gas, nanti gas bocor”, “Blaaa… blaa… blaaa”. Sampai ke sudah mereka akan membebel. Hehe.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen