Empat Cara Membantu Anda Hilangkan ‘Overthinking’.

Oleh: Zuzu Yasmine

Overthinking adalah satu penyakit yang boleh menjadi serius apabila tidak dirawat dengan segera. Banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mendapat pemikiran yang tenang dan membuang pemikiran negatif. Selain dari menyerah diri kepada Allah ketika solat, terdapat beberapa perkara lagi yang perlu dilakukan bagi menghilangkan overthinking ini. Bagi setengah orang, overthinking ini perlu. Tapi jika dibiarkan lama-kelamaan ia akan menjadi satu punca anda hilang kenalan ataupun pasangan. Jadi bagaimana hilangkan overthinking ini?



1. Sibukkan diri.

Ini adalah perkara yang biasa dilakukan apabila terlalu banyak perkara yang membebankan kepala. Terutama jika memikirkan hal pasangan kita dengan berlebihan. Apa kata cuba sibukkan diri dengan aktiviti luar tapi jangan pula sehingga mengabaikan pasangan anda. Nanti lain pula jadinya. Lakukan aktiviti bersama pasangan anda adalah lebih digalakkan.

2. Jauhi sikap negatif.

Apabila terlalu banyak berfikir, seseorang itu lebih terdedah untuk mendekati perkara-perkara negatif. Ia bukan hanya melalui perbuatan negatif sahaja, malah rakan yang membawa unsur negatif juga perlu dielakkan. Hal ini kerana, perkara-perkara negatif ini lebih mudah untuk masuk ke dalam diri seseorang berbanding perkara negatif.

3. Berbicara.

Jika terdapat sesuatu yang mengganggu pemikiran anda, cuba luahkan perkara itu kepada orang yang anda percayai. Jika hendak lebih mudah, luahkan sahaja kepada pasangan anda apa yang anda fikir mengenai dirinya. Sedikit sebanyak ia membantu anda untuk membuang perkara negatif itu dari fikiran.

4. Menerima hakikat.

Cepat atau lambat kita perlu menerima realiti kehidupan sebenar. Tidak kira lah berapa kali kita cuba untuk lari dari masalah tersebut. Kadang kala kita perlu menerima hakikat bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya. Mungkin akan sedikit kecewa tapi pasti akan lega apabila pemikiran negatif itu hilang dari pemikiran.

Lakukan empat cara ini untuk mengelakkan anda dan pasangan anda berpisah cuma angkara overthinking. Jadi pilihlah jalan yang selamat dengan mengelakkan perkara-perkara negatif ini mengganggu perhubungan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen