Lima Tanda Anda Berada Dalam Satu Perhubungan Yang Matang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang pasti akan mengalami satu perhubungan yang tidak menjadi. Atau hubungan itu masih belum di tahap yang matang. Di mana masing-masing tidak tahu bagaimana untuk menjaga perhubungan itu. Dan akhirnya hubungan itu terputus di tengah jalan. Tapi apabila sampai satu tahap, setiap orang pasti akan berubah. Dan dari situ jugalah mereka ini inginkan sesuatu yang serius dan matang terutama dalam perhubungan. Kadang anda sendiri tidak tahu jika anda sudah mencapai satu perhubungan yang matang atau belum. Jadi mari kenali adakah hubungan anda telah matang atau belum.



1. Mampu mengendalikan pergaduhan dengan baik.

Jika anda dan pasangan berada dalam satu perhubungan yang matang, pasti kalian tahu bagaimana cara untuk mengendalikan perselisihan faham yang berlaku. Anda dan pasangan akan mencari satu penyelesaian yang matang untuk menyelesaikan pergaduhan itu. Pergaduhan tersebut juga tidak akan memakan masa yang panjang walaupun ia satu pergaduhan yang serius.



2. Merasa okay jika tidak berjumpa selama seminggu.

Setiap perhubungan pasti ingin kerap bertemu pasangan masing-masing. Jika dahulu anda seperti tidak boleh hidup jika anda tidak berjumpa dengannya, kini tidak lagi. Anda merasa okay apabila tidak berjumpa dengannya. Hal ini kerana, anda tahu bahawa setiap individu mempunyai hidupnya yang tersendiri. Maka anda percaya si dia tidak akan menipu anda.



3. Tidak ada rasa untuk bertukar pasangan.

Dahulu jika si mungkin kelihatan kurang sempurna buat diri anda. Tapi setelah makin lama anda berkenalan dengannya, anda mula tidak mahu bertukar pasangan dan memulakan sesuatu yang baru. Apa yang anda mahukan adalah satu perhubungan yang serius dengan dirinya sahaja.



4. Rasa selamat jika mencipta matlamat dengannya.

Anda juga akan lebih merasa selesa untuk berkongsi matlamat anda pada masa hadapan. Anda juga meletakkannya sebagai orang yang terpenting di dalam matlamat anda. Segala-segala yang anda inginkan adalah berjuang bersamanya demi mencapai matlamat yang anda idamkan.



5. Tidak ada cemburu buta.

Rasa cemburu itu mungkin ada tapi ia tidak seperti dahulu. Dan rasa cemburu anda juga mudah dikawal. Anda juga tidak melayan rasa cemburu anda tetapi lebih untuk terus bertanya kepada pasangan anda mengenai apa yang telah berlaku. Di sini, anda juga meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada pasangan anda.

Tetapi semua itu bergantung bagaimana anda sendiri mengawal keadaan. Anda juga perlu matang untuk menangani satu situasi yang datang. Segala-galanya bergantung pada diri anda bukannya bergantung selama mana perhubungan tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen