Jika Sudah Ada Calon, Mudahkan Pernikahan Tersebut.

Sudah ada calon yang berkenan di hati? Apa tunggu lagi. Percepatkan pernikahan tersebut. Mengambil masa yang lama untuk berkenalan mempunyai banyak cabaran yang bakal ditempuh. Dalam tempoh masa tersebut, kita tidak dapat mengetahui apa yang bakal berlaku. Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah tersebut, mudahkan pernikahan adalah jalan terbaik.

Dengan mempercepatkan perkahwinan, tiada rasa curiga antara lelaki dan perempuan. Sekiranya perkahwinan dilambatkan, maka kedua-duanya akan sangsi kepada salah satu pihak. Makin lama, makin banyak timbul masalah.



Seterusnya, ia dapat menimbulkan fitnah. Mungkin saja fitnah tersebut terjadi atas sebab kesalahan sendiri ataupun keluar dari mulut orang lain. Apabila melambatkan perkahwinan, adab dalam perhubungan itu semakin kurang dititik beratkan. Maka, berlakulah pelbagai tragedi yang tidak diingini. Fitnah yang keluar dari mulut orang lain misalnya, mereka merancang strategi untuk memutuskan hubungan. Dengki akan perhubungan yang terjalin. Bukankah itu perkara yang berbahaya.

Jika anda seorang wanita, pujuklah ibu bapa untuk tidak meninggikan wang hantaran atau mas kahwin. Berikan hujah-hujah yang boleh mereka terima dengan menggunakan bahasa dan nada suara yang sopan. Mengadakan majlis secara sederhana tidak menjatuhkan imej. Yang penting ada keberkatan dalam berumah tangga yang dibina.


Sekiranya pujukan tidak berjaya, carilah strategi untuk membantu pasangan. Mungkin boleh berkahwin secara beramai-ramai atau mengadakan majlis kedua belah pihak secara sekali gus. Bukankah itu dapat membantu anda dalam mengurangkan kos perbelajaan perkahwinan.

Kehidupan setelah berkahwin adalah lebih penting untuk difikirkan. Banyak yang perlu disediakan setelah berkahwin. Kenderaan, tempat tinggal, makan minum, bayaran bil setiap bulan akan memeningkan selepas berkahwin sekiranya banyak wang dihabiskan untuk majlis perkahwinan semata-mata.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen