Jangan Katakan Empat Perkara Ini Kepada EX Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Untuk belajar melupakan sesuatu yang kita sayang itu sememangnya agak keberatan. Terutama jika telah menjalinkan cinta berlama tahunnya. Mungkin apabila tiba satu masa si dia akan mencari anda atau anda akan mencarinya. Move on adalah satu perjuangan yang sukar untuk dihadapi oleh sesetengah orang. Walaupun ada yang menyatakan ia mudah dengan cara yang betul tapi belum tentu sesuai dengan semua orang. Apabila anda masih tidak boleh move on, jangan luahkan rasa dalam hati anda kepadanya. Ia juga mampu membuat anda kelihatan begitu lemah sekali.

1. Saya rindu awak.

Apabila baru sahaja menamatkan satu perhubungan, ia pasti menyukarkan kita untuk tidak terus berhubung dengan dirinya. Jangan pernah menyatakan rindu kepada mereka. Hal ini kerana, apabila anda menyatakan rindu padanya, ia hanya akan membuat dirinya bertambah sombong dan memberi kepentingan terhadap dirinya. Di samping itu juga, anda kelihatan sangat terdesak. Ia bukan satu kata yang dapat disembunyikan tapi ia adalah kelemahan diri anda.

2. Maafkan saya.

Kata maaf itu bukan satu yang mudah untuk diungkap apabila seseorang itu mementingkan ego. Tapi jika anda meluahkan rasa maaf anda. Ex anda akan mula memandang rendah terhadap anda. Anda boleh meminta maaf kepadanya sekiranya anda yang melakukan kesalahan tapi jika anda tidak melakukan salah jangan pernah memohon maaf darinya. Ia kerana akan membuat anda bertambah terluka.

3. Ingin menjadi rakan.

Setiap pasangan yang bercinta dan kemudian putus di tengah jalan adalah dilarang untuk menjadi rakan. Anda juga tidak boleh rapat dengannya. Ini adalah perkara mustahil. Anda pernah melakukan segala-galanya untuk dirinya, berjanji dan bersumpah setia tapi tiba-tiba berubah menjadi rakan? Kalau anda mahu menjadi rakan buat EX anda, ia sebenarnya hanya akan membuat salah seorang dari anda menangis.

4. I love you.

Ini adalah perkara yang anda tidak perlu luahkan walaupun EX anda kembali dan menyatakan I love you kepada anda. Jangan pernah memberitahu dirinya anda masih sayang akan dirinya. Dan jangan pernah berharap apabila anda meluahkan rasa itu, EX anda akan berubah menjadi baik dan romantik?

Apa yang dapat disimpulkan ialah, jangan pernah cuba untuk kembali kepada pasangan anda. Mulakan langkah baru untuk mencari yang lebih baik. Mungkin jodoh anda yang lebih elok darinya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen