Lima Tanda Anda Berada Dalam Hubungan Yang Bahagia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjalani hubungan yang bahagia ini kadang kala tidak dapat diketahui tapi dapat dirasai setiap perkara yang berlaku. Ia bukan bahagia apabila pasangan itu memberikan sesuatu hadiah atau kejutan tapi ia lebih kepada hari-hari yang kita tempuhi bersama pasangan dengan hati yang senang. Senang yang macam mana? Senang tanpa ada sedikit pun masalah yang mengganggu hubungan kalian. Kalau ada pun, masalah itu akan cepat selesai kerana kalian bijak menanganinya. Tapi apa tanda hubungan yang bahagia ini?



1. Pergaduhan cepat diselesaikan.

Hubungan kalian sangat sepakat, sehinggakan pergaduhan atau perselisihan faham itu mudah sahaja dileraikan tanpa pergaduhan yang panjang. Kalian bijak dalam menangani setiap permasalahan yang mendatang, walaupun kadang ia menyakitkan hati tapi kalian bijak mengawalnya.

2. Menghormati pasangan.

Dalam perhubungan kalian juga, kalian sangat menghormati satu sama lain. Kalian sangat memahami privacy pasangan anda dan memahaminya. Anda tidak meremehkan antara satu sama lain. Tetapi lebih kepada menutup segala aib dan kesilapan yang pernah dilakukan antara satu sama lain dari orang luar perhubungan anda.

3. Percaya kepada pasangan.

Setiap khabar angin yang datang mengganggu hubungan kalian, tidak penah kalian ambil peduli. Anda meletakkan kepercayaan yang sangat tinggi terhadap pasangan anda. Jika anda ragu terhadap sesuatu perkara, anda akan terus bertanya pasangan anda. Tidak ada sedikit pun yang pasangan anda sembunyikan daripada anda.

4. Sentiasa menyokong.

Anda dan pasangan juga saling menyokong antara satu sama lain. Jika kalian ditimpa kesusahan anda dan pasangan akan memberi kata-kata positif agar mampu mengharungi dugaan itu dengan mudah. Kalian juga tidak membenarkan pasangan kalian menanggung kesusahan atau masalah secara bersendirian.

5. Pendengar terbaik.

Anda atau pasangan anda boleh dikatakan seorang pendengar yang baik. Sebab itu kalian mampu merasai hubungan yang bahagia. Kerana memiliki pendengar terbaik mampu memudahkan segala urusan yang datang dengan lebih positif.

Setiap pasangan boleh merasai satu perhubungan yang bahagia. Tetapi setiap pasangan juga perlu menerapkan lima ciri ini agar satu perhubungan bahagia dapat dijalani tanpa kecelaruan dan sifat negatif.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen