Amanah Ibu Untuk Kahwinkan Anda Dengan Calon Pilihannya. Sekiranya Berlaku, Bagaimana?

Seorang ibu, dia berkeinginan untuk memberikan yang terbaik untuk anak menurut kata hatinya. Tiada ibu di dunia ini ingin memberikan anaknya kepada orang yang tidak selayaknya. Dia merasakan pilihan tersebut adalah pilihan yang tepat yang perlu ditunaikan oleh seorang anak.

Sebagai anak, dia merasakan ini amanah besar yang perlu digalas. Menolaknya, takut berdosa. Digalasnya, takut binasa. Jadi, persoalan ini membingungkan seorang anak. Adakah dibolehkan dia memilih orang lain untuk dijadikan teman hidup?



Dalam Islam, Islam memberikan panduan kepada kita berkanaan hal ini. Sekiranya seorang ibu masih ada sekalipun, seorang anak masih boleh membuat pilihan dalam memilih calon suami atau isteri. Pilihan terletak kepadanya. Dia masih boleh berunding dengan baik agar ibu menerima calon tersebut dengan baik. Samaada dia seorang lelaki mahupun wanita. Kerana dalam mendirikan rumah tangga, yang perlu dijadikan calon pasangan adalah mereka yang tenang menurut hati kita.

Jadi, apabila ibu telah meninggal dunia, adalah dibolehkan sekiranya kita mahu melaksanakan amanah tersebut jika tidak bertentangan dengan hukum syarak. Selagi tidak menimbulkan masalah, laksanakan permintaan tersebut dengan sebaik mungkin.

Tetapi, andai kata seorang anak mempunyai calon pilihannya sendiri dan akan merasakan kehidupan berumah tangga akan bahagia bersama calon tersebut, maka dia boleh berkahwin dengan pilihan hatinya.


Tanggangjawab yang bakal digalas kelak terletak pada suami atau isteri. Oleh itu, calon pasangan adalah penting untuk menjadikan sebuah rumah tangga itu kekal harmoni. Jika suami atau isteri tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik kerana merasa terbeban atau tidak selesa dengan pilihan ibu, bimbang suami atau isteri akan merasa berbelah bagi untuk meneruskan kehidupan dengan calon pilihan ibu.

Maka, fikirkan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Buatlah solat sunat istikarah untuk mendapat petunjuk. Kemudian berbincanglah dengan ahli keluarga yang lain dan orang yang anda percayai. Sekiranya calon pilihan ibu yang dipilih, perlakukanlah dia dengan sebaik mungkin. Jika dengan pilihan hati sendiri, berbahagialah kalian.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen