Hapuskan Air Mata Wanita.

Wanita dan air mata tidak dapat dipisahkan. Walau sehebat mana dan sekental mana wanita tersebut, dia tetap akan mengalirkan air mata tanpa pengetahuan orang lain.

Air mata dapat meredakan fikiran yang sedang bercelaru. Sediakanlah tempat baginya untuk dia bercerita dan jadilah anda seorang lelaki yang sedia menadah telinga mendengar segala luahan hati mereka. Tidak perlu memberi sebarang komen, kerana dia tidak memerlukan itu. Seorang wanita, dia hanya mahukan orang memahaminya sahaja. Jika dia dapat melakukan itu, keadaan akan kembali pulih.



Lelaki, fahamilah mereka. Saat mereka menitiskan air mata, sebenarnya dia mahu orang yang dia sayangi memahaminya.  Tekanan bekerja, menguruskan pelbagai hal menyebabkan dia tidak berdaya untuk menangguh semua beban. Jadi, jika mereka dalam keadaan begini, tanyakan kepadanya apa yang perlu dibantu. Bantulah dia dengan sebaik mungkin.

Usah meninggikan suara kepadanya. Jika mereka melakukan silap, tegurlah secara elok. Mereka akan memahami. Tunjukkan cara kepada dia untuk menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya. Jika dia mempunyai kekurangan, andalah yang perlu menampung lubang-lubang tersebut. Bukan terus meninggalkannya jika tidak suka akan kekurangan tersebut.


Misalnya, kecantikan dia semakin pudar kerana sakit, maka bantulah dia untuk mendapatkan rawatan. Cari dana sebanyak mungkin bagi menampung kos tersebut. Berikan kata-kata semangat untuk dia kembali pulih. Percayalah, dia akan kembali sihat jika ada yang memberikan kepadanya dorongan.

Sekiranya anda seorang lelaki sejati, lakukan hal demikian. Ketika seorang lelaki melarikan diri saat dalam wanita kesusahan, lelaki tersebut sebenarnya hanya mengambil kesempatan di masa kesenangan. Saat kesenangan itu hilang, maka dia juga turut hilang.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen