Enam Cara Membina Perhubungan Cinta Yang Membahagiakan Dan Menyeronokkan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan yang bercinta ini pasti inginkan kebahagian dan keseronokan yang berpanjangan. Kalau boleh pergaduhan dan bermasam muka ini hendak dielakkan. Tapi tidak banyak panduan yang boleh digunakan untuk membimbing kita dan pasangan untuk mencipta perhubungan yang bahagia dan menyeronokkan itu. Itu yang kadangkala tergelincir sedikit dari matlamat perhubungan. Sebenarnya terdapat lima cara untuk membina perhubungan cinta yang membahagiakan dan menyeronokkan ini.



1. Jangan jadi misteri pada pasangan.

Ini adalah langkah yang paling penting, jangan pernah cuba untuk sembunyikan setiap masalah dan perkara daripada pasangan anda. Kongsi semua perkara baik perkara sedih ataupun perkara gembira. Kalau boleh kongsi aje semua perkara. Tak payah nak sembunyi-sembunyi. Nanti Cuma timbulkan keraguan pasangan aje.

2. Jangan mengharapkan pasangan memahami apa difikirkan anda.

Ini adalah perkara yang biasa terjadi apabila telah lama bercinta. Mengharap pasangan kita tahu semua perkara yang ada di dalam kepala kita adalah perkara yang salah. Hal ini kerana, selama mana pun hubungan kita dengan seseorang, belum tentu dia mampu membaca pemikiran kita. paling tidak pun, si dia hanya akan bertanya mengapa muram atau ada apa-apa yang berlaku ke? Itu sahaja, selebihnya mereka ini tidak dapat membaca. Jadi lebih baik anda berterus terang sahaja apa yang anda di kepala anda. Ia lebih mudah dan tidak perlu memeningkan kepala.

3. Komunikasi yang terbuka atau menggila bersama.

Kepentingan komunikasi ini adalah amat penting dalam mengekalkan kesejahteraan perhubungan. Jadi tidak salah jika anda berkomunikasi dengan pasangan anda sama sahaja dengan cara anda berkomunikasi dengan rakan-rakan. Hal ini kerana, ia memudahkan untuk anda dan pasangan untuk merasa lebih selesa dan mesra.



4. Nyatakan emosi.

Ramai pasangan tidak pandai meluahkan emosinya sendiri. Jadi bagaimana hendak mengekalkan keseronokan dan kebahagian perhubungan. Anda perlu lah pandai dalam menyatakan atau meluahkan emosi anda. Jangan pernah sembunyikan emosi, nanti ia akan memakan diri. Jika anda berasa tidak gembira pada hari itu, luahkan sahaja. Jangan berpura-pura di hadapan pasangan anda.

5. Kerap menggunakan komunikasi tanpa lisan.

Komunikasi tanpa lisan ini ialah memalui pemerhatian. Anda perlu perhatikan setiap pergerakan pasangan anda agar mudah untuk membacanya. Sebagai contoh, ketika pasangan anda sedih anda sudah tahu apa yang disukainya iaitu coklat. Jadi anda belikan coklat untuk menghiburkan hatinya kembali. Setiap pergerakannya pasti akan memberikan anda penyelesaian setiap masalah.

6. Jangan biar kegembiraan habis.

Jangan biarkan kegembiraan anda dan pasangan habis walaupun telah lama dalam perhubungan. Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah, sentiasa memberi kejutan dan hadiah antara satu sama lain. Sentiasa romantik dan membuat lawak jenaka untuk menambah perencah dalam perhubungan anda. Tidak lupa juga gurau senda yang perlu dilakukan sentiasa agar anda dan pasangan gembira sentiasa.



Jadi dapat disimpulkan sebenarnya tidak susah untuk membina satu perhubungan yang penuh dengan kegembiraan dan keseronokan. Apa yang paling penting bagaimana anda dan pasangan melalui dan menempuhi perhubungan tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen