Lima Karekter Seorang Lelaki Yang Perlu Difahami.

Lelaki lebih dominan untuk menggunakan akal berbanding wanita banyak membuat keputusan melalui emosi. Jadi dengan sifat tersebut, berikut disenaraikan beberapa karekter yang perlu difahami oleh wanita supaya tidak menjadi perselisihan sekiranya berlakunya masalah kelak.



1. Mudah Menyelesaikan masalah.

Mereka cenderung untuk memudahkan segala urusan sekiranya wanita meminta pertolongan atau dia sendiri menyelesaikan masalah. Selalu mempermudahkan atau dengan kata lain, acuh tak acuh dalam semua hal. Jika wanita tidak memahami kerekter lelaki, kemungkinan besar wanita tersebut akan beremosi. apa yang difikirkan oleh lelaki hanyalah ‘masalah dan solusi.’ dia tidak akan membuat plan B sekiranya sesuatu itu tidak dapat diselesaikan. Misalnya, barang yang ingin dibeli tiada, dia akan terus pulang.

2. Sifat kepimpinan.

Allah menciptakan lelaki sebagai seorang pemimpin. Oleh itu sesuai dengan sifatnya yang suka untuk melindungi seseorang, membantu apabila diperlukan. Apabila seorang wanita menghargai dan menghormati lelaki, dia akan menjadi seorang yang berkepimpinan dan melindungi.

3. Berterus terang.

Seorang lelaki susah untuk memahami kiasan. Jika ingin menyampaikan sesuatu, sebutkan saja apa yang dimahukan supaya mereka dapat memahami dengar jelas dan tidak berlaku salah faham antara lelaki dan wanita.

4. Memikirkan keperluan.

Berbeza dengan wanita, mereka sangat menggemari berbelanja. Menghabiskan masa dengan perkara tersebut tidak mengapa baginya. Lelaki, dia akan berfikir keperluan berbanding kehendak. Masa di luangkan untuk berbelanja hanya sebentar kerana mereka hanya dapatkan apa yang diiginkan, terus membayar tanpa membuat perbandingan harga, dan pulang ke rumah. Selesai.

5. Perlukan sokongan.

Dia suka jika dirinya dihargai oleh orang lain. Apabila dia mempunyai masalah, dia memerlukan seseorang untuk menyokong dan memberikan kata-kata semangat. Oleh itu, bantulah mereka dalam menyelesaikan masalah sekiranya diperlukan. Apabila sakit, dia memerlukan perhatian yang lebih daripada orang yang dia sayangi.


Jadi, hargailah seorang lelaki sebagai seorang pemimpin. Sekiranya kepimpinannya tercalar kerana perilaku seorang wanita, maka kita akan dapati sebuah perhubungan itu akan menjadi goyah. Ini disebabkan tiada penghargaan dan penghormatan terhadapnya. Fahami mereka, mereka akan melindungi dan menyayangi orang yang dia kasihi.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen