Enam Tanda Anda Miliki Pasangan Terbaik Di Dunia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kita telah lama bercinta dengan dirinya tapi kita anggap dirinya itu biasa-biasa sahaja. Kita selalu merasa pasangan lain lebih beruntung kerana memiliki pasangan yang sempurna. Sebenarnya kita yang tidak tahu menghargai pasangan kita. Padahal pasangan kita itu adalah pasangan yang terbaik di dunia. Kita sepatutnya bersyukur kerana dapat bertemu dengan seseorang seperti dirinya. Mungkin 1 dalam 10 orang aje yang macam itu. Tapi tanda dia itu pasangan yang terbaik. Ini enam ciri dia.



1. Berusaha membuat rakan-rakan anda menyukai dirinya.

Si dia kurang bersama rakan-rakannya tetapi lebih bersama rakan-rakan anda. Si dia juga sedang berusaha untuk memikat hati kawan-kawan anda untuk merasa senang akan kehadirannya. Kalau boleh nak sama-sama masuk air. Si dia tidak ada masalah jika anda ingin mempunyai hubungan sosial yang hebat kerana dia tidak mahu anda rasa seperti terikat dan tidak bebas.

2. Tidak kritik pemakaian anda.

Dia membenarkan anda memakai apa sahaja. Tidak pernah menyatakan pakaian itu tidak kena pada diri anda. Cuma akan menegur jika pakaian itu tidak menutup aurat atau terlalu menonjol. Yang lain semuanya okay, mereka rasa anda lawa dengan gaya anda tersendiri.

3. Dia tidak pernah mengelakkan diri dari memohon maaf.

Jika anda terasa terluka dengan perbuatannya, si dia cepat-cepat meminta maaf dan tidak pernah berselindung akan salahnya itu. Si dia juga akan mengakui salah jika itu berpunca darinya. Senang cerita jujur aje lah.


4. Dia mendengar dan beri perhatian tentang apa yang anda katakan.

Setiap apa yang anda kongsikan akan diberi pandangan dan pendapat secara berbeza dan melalui pendapat peribadinya. Kira macam dia ini pendengar terbaik lah, dia akan perhatikan dengan betul-betul apa yang kita kongsi. Susah taw nak dapat pendengar terbaik ini.

5. Dia sentiasa berkompromi dengan anda.

Walaupun dia mempunyai matlamat dan mimpi yang tersendiri, tapi dia masih bersedia membuat beberapa kompromi demi hubungannya dengan anda. Dia lebih suka melepaskan aspek lain dari hidupnya daripada kehilangan anda. Dia tahu bahawa anda adalah jenis gadis yang mudah dalam berkompromi.

6. Tiada masalah untuk berkongsi dengan anda.

Setiap hal dia akan berkongsi dengan anda, walaupun perkara itu nampak remeh tapi si dia masih ingin berkongsi. Kalau boleh semua lah nak dikongsi walaupun anda tidak mahu mendengar. Senang ada pasangan begini, tidak payah lah kita nak menyiasat bagai.

Setiap pasangan mesti mempunyai ciri-ciri sebegini. Ketahuilah dia adalah pasangan yang terbaik yang anda miliki. Tidak semua orang beruntung seperti anda. Jadi hargai pasangan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen