Cara Mengatasi Ketakutan Untuk Mendirikan Rumah Tangga.

Ada sebahagian orang risau untuk mendirikan rumah tangga disebabkan beberapa hal. Kemungkinan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam keluarga atau terjadi kepada sahabat handai menyebabkan ada yang takut peristiwa tersebut terjadi kepadanya. Berikut disenaraikan beberapa hal yang menjadi kerisauan untuk ke gerbang perkahwinan dan cara untuk mengatasi ketakutan tersebut.



1. Rezeki.

Rezeki adalah ketentuan daripada Allah taala. Yang memberi rezeki ketika bujang adalah Dia, maka ketika berumah tangga, Dia juga yang akan menambahkan rezeki kelak. Allah sudah berjanji akan cukupkan rezeki setelah bernikah, dengan syarat kita sebagai hamba perlu berusaha untuk memperluaskan rezeki tersebut. Sekiranya kerisauan itu pada wang hantaran, yakinlah, apabila anda ingin melakukan hal yang baik, pastinya Allah akan membantu. Yang penting berusaha.

2. Pasangan.

Pasangan adalah pilihan kita. Maka pilihlah pasangan yang sejuk mata memandang. Ia sebaiknya tidak dipilih oleh orang lain, kerana kecenderungan untuk menyukai seseorang itu terpulang kepada kita. Islam juga mengajarkan kita bagaimana untuk membezakan pasangan yang baik mahupun tidak. Dengan memperhatikan akhlak dan agamanya, maka terserlah kecantikan dan kekacakan dalaman pasangan tersebut. Hidup bersama orang begini kelak akan menjadi tenang.

3. Anak-anak.

Jika kita berfikir berkahwin hanya untuk mendapatkan anak-anak, maka kerisauan akan bertambah. Berkahwin bukan sekadar itu. Berkahwin dapat menenangkan jiwa apabila berpasangan, menambah kemesraan dalam perhubungan, mengeratkan pertalian antara dua keluarga dan banyak lagi.

Sekiranya belum dikurniakan anak-anak, itu bermaksud Allah mahu hamba-Nya dekat dengan pencipta, dia mahu kita mengadu kepada-Nya supaya pahala kita bertambah dan diberikan anak-anak yang soleh solehah kelak walaupun dalam umur yang sedikit serusia. Jika tidak dikurniakan anak juga, yakinlah, orang yang bersabar akan diberi ganjaran pahala berlipat kali ganda oleh Allah di akhirat kelak.


Apabila sudah ada yang berkenan di hati, teruskan saja niat tersebut. Minta petunjuk daripada Allah agar diberikan rezeki yang cukup, pasangan yang menenangkan serta mendapat anak-anak penyejuk mata. Apa yang dikurniakan Allah kepada kita adalah yang terbaik untuk kita.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen