5 Tanda Anda Semakin Selesa Dengan Pasangan.

Jadi, bagaimana anda boleh tahu bahawa hubungan anda dengan pasangan sudah mencapai tahap keselesaan yang maksimum? Anda semakin mempercayai pasangan, tidak paranoid dan tidak kisah membuang segala tabiat buruk anda? Jom baca!



1. Tidak kekok dalam keadaan yang sangat sunyi.

Anda berdua seperti tidak kisah apabila masing-masing hanya diam seribu bahasa. Masing-masing melakukan hal sendiri tanpa berbicara. Namun dalam hati tahu bahawa kalian masih percaya dan sayang antara satu sama lain. Tetapi pada ketika dan saat itu, anda berdua hanya mahu untuk berhenti komunikasi supaya di beri ruang untuk berfikir.

2. Tidak memberi tekanan pada pasangan untuk menggunakan sosial media.

Situasi ini sentiasa berlaku terhadap wanita kerana, mereka gemar membuat andaian yang negatif terhadap lelaki.

“Awak tak baca ke apa yang saya post kat facebook?”

“Kenapa awak tak like gambar kat instagram saya ek?”

“Kenapa awak tak retweet tweet saya ek?”

Lelaki tidak gemar jika wanita berkelakuan begini, kerana bagi mereka, jika anda sudah ada di depan mata dan sering berbalas whatsapp, apa lagi yang mahu dibuktikan? Cukup lah anda berdua bahagia hanya kalian sahaja yang tahu. Tidak perlu di jaja pada orang ramai.



3. Tidak panik jika tidak dapat menghubungi pasangan dalam masa 1 hari.

Bagi anda, jika tidak membalas whatsapp atau menghubungi mereka dalam masa 1 hari, ia bagaikan tiada masalah. Kerana anda mahu di beri dan memberi ruang untuk bersendirian. Bukan tidak sayang, tetapi untuk memberi masa kepada pasangan melakukan apa sahaja urusan dengan selesa tanpa prejudis.

4. Tidak menjadi stalker.

Anda dan pasangan tahu password telefon bimbit masing-masing, namun anda berdua seperti tiada keinginan mengambil tahu isi dalam telefon bimbit tersebut. Ini kerana anda berdua saling mempercayai antara satu sama lain dan tiada niat untuk menipu.

5. Pergaduhan yang tidak berlarutan.

Bagi orang lain, hubungan anda dengan pasangan amat menakjubkan kerana anda bergaduh dengan teruk macam mana pun dengan pasangan, anda berdua mampu menyelesaikan konflik bersama. Malah pergaduhan tidak berlarutan dan dapat dibincangkan pada hari tersebut juga.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen