Lima Perkara Yang Lelaki Mahu Dari Pasangannya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang lelaki yang melibatkan diri dalam perhubungan, pasti mempunyai keinginan yang tidak pernah diberitahu pasangannya. Mereka ini hanya berharap agar seorang wanita itu memahaminya setelah menjadi pasangannya. Tetapi apa yang berlaku, keinginan mereka ini diabaikan. Jadi mari kenali apa keinginan lelaki yang selalu diabaikan oleh wanita.



1. Dihormati.

Seorang lelaki ini rasa dihormati oleh pasangannya sendiri. Hal ini kerana, seorang lelaki mempunyai egonya untuk menerajui sesebuah hubungan itu. Jadi sebagai wanita, hormati lelaki itu seumpama mereka ini ketua yang akan membawa anda ke arah kemenangan bersama-sama. Jangan biarkan mereka rasa tidak dihargai dan tidak berfungsi dalam perhubungan kalian.

2. Masa lelaki.

Apa yang dimaksudkan denga masa lelaki ialah masa mereka melayani hobi-hobi mereka. Antaranya bermain video game, futsal atau lepak bersama-sama rakannya. Ia seumpama memberi ruang untuk mereka menghabiskan masanya selain daripada anda. Hal ini kerana, mereka cepat rimas jika sentiasa bersama anda.

3. Sokongan.

Lelaki ini memerlukan kata-kata semangat dari pasangannya. Walaupun ramai yang beranggapan, seorang wanita yang setia bersama seorang lelaki ketika susah itu adalah tanda sokongan itu salah. Tapi ia lebih kepada rasa cinta. Setiap jatuh bangunnya berikan kata-kata sokongan yang menambah semangatnya untuk mengapai sesuatu perkara.


4. Keinginan.

Setiap lelaki ini mempunyai keinginan terhadap perhubungannya. Jadi sebagai seorang wanita jangan pernah menjadi penghancur keinginannya demi kepentingan diri. Apa yang anda perlu lakukan, jika keinginan anda dan pasangan tidak sefahaman, maka lepaskan kedua-dua keinginan tersebut dan bina keinginan lain.

5. Hargai.

Telah menjadi impian setiap orang, kehadirannya dihargai dengan baik oleh pasangannya. Jadi sebagai seorang wanita, jangan pernah menolak pasangan anda untuk mendapatkan lagi bagus dengannya.

Sebagai seorang wanita, kita seharusnya memahami apa yang seorang lelaki inginkan. Walaupun mereka tidak menyatakannya, itu tidak bermakna anda boleh mengabaikan kemahuannya. Jadilah pasangan yang bijak agar kita tidak kecewa suatu hari nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen