Jangan Lakukan 5 Perkara  Ini Pada Pasangan Yang Mudah Gementar.

Terlalu mudah gementar atau serangan panik apabila seseorang terlalu cemas sehingga badan menggigil atau berpeluh kerana tekanan daripada luar. Anda boleh lihat seperti mereka tidak boleh membuat pembentangan kepada orang ramai, pementasan di atas pentas atau gangguan secara menerus daripada orang ramai.

Atau juga di kenali sebagai panic disorder, mereka tidak dapat mengawal badan mereka kerana terlalu gelisah dan pitam di depan orang ramai. Selain itu, kesan yang anda boleh lihat, muka menjadi merah padam kerana telalu gementar, malah tapak tangan dan kaki mengeluarkan peluh yang berlebihan.|



Jadi apakah 5 perkara yang anda perlu elakkan supaya pasangan boleh bergantung harap pada anda? Jom baca!

1. Jangan menganggap mereka adalah orang yang tidak siuman.

Mereka bukan lah orang yang tidak waras. Mereka cuma mempunyai penyakit yang mungkin memerlukan ubat untuk mencegah supaya tidak menjadi lebih teruk. Mereka hanya memerlukan pasangan yang tidak menggelar diri mereka dengan pelbagai panggilan seperti makcik bawang.

2. Jangan menghiraukan mereka.

Sudah tentu jangan menghiraukan mereka ketika terlalu cemas untuk membuat presentation. Berkemungkinan mereka tiada sokongan daripada orang yang tersayang untuk melakukan perkara yang mereka sebenarnya memang gemar melakukan.

3. Jangan membuat mereka pula yang meminta maaf dengan perbuatannya sendiri.

Anda menghiraukan mereka, dan segala perbuatan cemas mereka seperti kesalahan pada mata anda. Jika anda tidak suka berkawan rapat dengan seseorang yang mempunyai serangan panik, jangan pula meletakkan segala kesalahan pada si dia.



4. Jangan terlalu mengambil mudah.

“Alah, itu pun nak nervous, rileks lah!”

Anda seperti mengambil mudah dan tidak mengambil berat dengan keadaan sekeliling yang bakal membuat mereka cemas.

5. Jangan membuat andaian yang salah tentang ubat-ubatan mereka.

“Betul ke doctor tu bagi ubat? Kalau ada kesan sampingan awak jadi lagi gila macam mana?”

Jika mereka perlu mengambil ubat atas nasihat doktor, jangan pula anda berfikiran negatif terhadap mereka. Bimbing mereka supaya dapat bertahan sehingga tidak memerlukan ubat, tetapi hanya sokongan daripada anda dan ahli keluarga.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen