Tanda-tanda Pasangan Sedang Berbohong Apabila Berbicara.

Komunikasi adalah perkara penting dalam kehidupan manusia. Ada manusia sangat jujur dengan apa yang dikatakan, ada juga suka berbohong apabila berkata-kata. Untuk mengenali pasangan sedang berbohong apabila berbicara, kita tidak dapat memastikan perkataan itu benar mahupun tipu jika tidak mempunyai ilmu mengenai tanda-tanda seseorang itu berbohong. Untuk itu, kami kongsikan kepada anda bagi memastikan adakah pasangan anda sedang berbohong mahupun tidak.



1. Mata.

Selalu mengalihkan pandangan mata menunjukkan seseorang itu sedang berbohong. Dia tidak selasa dengan pertanyaan yang diajukan oleh kita. Matanya juga sentiasa berkelip-kelip atau memejam dalam tempoh masa yang lama daripada biasa.

2. Wajah.

Jangan terpedaya dengan senyum seseorang apabila berbicara. Perhatikan betul-betul. Ada sebahagian orang yang senyum sehingga terlihat matanya sedikit berkerut, itu tandanya dia ikhlas tersenyum. Apabila seseorang tersenyum dalam keadaan mulut sahaja mengeluarkan expresi, ini bermakna dia sedang berbohong.

3. Pergerakan.

Tiba-tiba saja si dia gelisah menjawab persoalan-persoalan yang dilontarkan. Keadaan ketika itu menyebabkan dia merasa gatal di bahagian-bahagian tertentu, misalnya di kepala dan tangan. Meletakkan tangan di bahagian depan tubuh menunjukkan dia sedang melindungi diri.

4. Percakapan.

Biasanya, orang yang berbohong akan mengalihkan topik yang dibicarakan. Dia sengaja mengubah topik agar pertanyaan tersebut tidak dijawab dengan sempurna.

5. Tindakan.

Apabila diajukan persoalan atau sedang berbicara, dia kadang bertindak diluar jangkauan. Marah secara tiba-tiba dan beremosi ketika menjawab persoalan tersebut.


Ini antara tanda-tanda mereka sedang berbohong dengan anda. Bagi yang pakar dalam menipu, kemungkinan besar caranya sangat bersahaja. Tetapi mengandungi makna yang tersirat. Maka, siasat terlebih dahulu apa yang mereka katakan. Dengar dari mereka yang dipercayai.


Jika anda berada dalam situasi ini, bersikaplah secara tenang. Tiada gunanya anda membalas tindakan mereka. Kelak, anda sakit hati. Selesaikan masalah tersebut dengan matang. Anda kan orang hebat. “orang tenang, sentiasa menang.”

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen