Lima Perkara ‘Annoying’ Yang Wanita Gemar Lakukan Pada Pasangannya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam perhubungan ini, perkara paling annoying pasangan itulah yang akan kita rindu apabila kita berjauhan darinya. Tapi apabila depan mata perkara yang si dia lakukan itulah yang membuat kita rasa nak marah dan bermasam muka terhadap dirinya. Inilah perkara yang akan menjadi saat indah apabila anda dan pasangan telah menjadi suami isteri. Yelah, nanti dah kahwin tak sempat dah masam-masam muka macam ini. Kadang-kadang pasangan kita tak tahu pun apa yang dilakukan itu sebenarnya mengundang rasa annoying pasangannya. Tapi apa perkara yang selalu wanita lakukan?



1. Mencuri makanannya.

Biasalah perempuan bila nampak makanan mestilah semua dia nak, tapi kesudahannya tidak habis. Tapi yang ini lain pula, bila dia rasa makanan dia tidak mencukupi dia mula ambil pasangannya punya makanan pula. Kadang-kadang itu, pasangannya itu belum sempat merasa tapi bila toleh dah berkurangan. Mahu tak merajuk pasangan kita apabila makanannya dicuri walaupun dengan orang tersayang. Biasalah, bab-bab makan ini mana ada orang yang boleh mengalahkan.

2. Menyelongkar telefon dan laptop.

Telah menjadi tabiat seorang wanita yang suka menyiasat setiap hal yang diragui. Jadi apa yang dibuat adalah mula menyelongkar barang peribadi milik pasangan seperti laptop atau telefon bimbit. Walaupun sudah tukar banyak kali password pun masih lagi dapat dibukanya. Jadi mesti lah pasangan kita rasa kurang ada privacy.

3. Mengadu mengenai rakannya.

Seorang pasangan yang baik pasti bersedia mendengar segala luahan hati pasangannya. Tapi apabila menceritakan mengenai orang yang sama pasti akan naik muak juga. Masalah yang timbul pun masalah yang sama. Mahu lah, pasangan kita itu tidak menyampah. Lagi-lagi bila kita ini jenis cakap belakang, dengan pasangan kita berani cakap tapi dengan orang yang bermasalah tidak berani pula.



4. Bertanya soalan remeh.

Seorang wanita ini juga kerap menanyakan soalan-soalan yang remeh. Walaupun mereka dah nampak pasangan kita itu sedang merajuk dan bermasam muka dengan kita. Tapi masih lagi tanya soalan yang mereka sudah tahu jawapannya. Bukannya reti nak pujuk orang yang merajuk cuma menambah rasa sakit hati sahaja.

5. Lambat bersiap.

Biasalah kalau wanita nak bersiap ini mestilah makan masa yang lama. Walaupun pasangannya sudah menunggunya, ia tetap memakan masa berjam-jam. Tapi apabila ditegur jadi masam muka pula.

Telah menjadi lumrah seorang wanita, yang mereka ini manja terutama dengan orang yang mereka sayang. Walaupun mereka sedikit annoying tapi pasangan mereka tetap akan menyayangi mereka. Sebab itu bila jauh sedikit mula rasa rindu yang berpanjangan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen