Jangan Kongsi Empat Perkara Dalam Perhubungan, Bersama Rakan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rakan ini kadang kala akan membantu kita menjernihkan perhubungan kita, tapi ada yang hadirnya cuma ingin melihat kita lebih porak peranda. Kita ini mempunyai dua jenis kawan, iaitu yang senang melihat kita bahagia dan yang senang melihat kita menderita. Kenapa? Sebab mereka ini tidak boleh melihat kita lebih daripada mereka. tidak ramai rakan yang sebegitu, tapi rasanya tidak salah kalau kita berhati-hati terhadap rakan kita demi hubungan kita dan pasangan kita. Tapi apa perkara yang tidak boleh diberitahu kepada rakan kita?



1. Pergaduhan.

Apabila kita bergaduh dengan pasangan kita, adalah lebih elok jika kita dan pasangan kita sahaja yang tahu akan pergaduhan itu. Tidak perlulah hendak diberitahu kepada rakan kita. Takut nanti rakan kita itu cocok jarum. Makin besar pergaduhan itu nanti. Jadi cara yang baik, sembunyikan pergaduhan dan tunjukkan yang bahagia sahaja.

2. Masa lalu pasangan.

Setiap orang mempunyai masa lalu, begitu juga pasangan kita. jadi tidak perlulah kita kongsi masa lalu pasangan kita itu kepada rakan kita. Lebih baik kita simpan sorang-sorang. Tidak lah yang akan mengata ataupun sampai menyampaikan kepada orang lain. Nanti kita dan pasangan juga yang bergaduh, bukannya orang lain.


3. Kewangan.

Masalah kewangan dalam perhubungan ini juga menjadi punca mengapa hubungan itu menjadi renggang. Jadi jika kita dan pasangan alami masalah kewangan adalah lebih elok jika kita berbincang secara baik dan mencari penyelesaian yang munasabah untuk kedua-dua belah pihak. Jangan pernah berkongsi kepada rakan anda, kerana ditakuti mereka akan memandang rendah terhadap anda berdua.

4. Perbandingan.

Jika anda dibandingkan oleh pasangan anda mesti anda rasa sakit hati bukan. Dan rasa ingin berkongsi denga rakan anda. Lebih baik jangan lakukan. Hal ini kerana ia hanya menambah sakit di hati anda. Kenapa? Kerana ditakuti rakan anda akan menyokong pasangan anda. Seolah-oleh cuba memprovoke anda agar anda mengalah dan berlalu pergi dari perhubungan itu.

Tidak salah jika hendak berkongsi mengenai rasa hati. Tapi biarlah berpada-pada. Jangan semua perkara anda ingin kongsian sehingga akan memakan diri anda. Cuba anda hadapi dengan tenang tanpa rasa sedikit pun tempat untuk meluahkan rasa hati anda. Tidak semua berperangai sebegitu, tapi lebih baik berhati-hati.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen