Tujuan Hebahan Perkahwinan.

Perkahwinan adalah perkara mulia di sisi Islam. Islam sangat menggalakkan umatnya untuk melakukan pernikahan. Sekiranya seseorang itu mampu dan memenuhi syarat untuk bernikah, dia dianjurkan untuk segera mengahwini orang yang dia suka dan minat tersebut. Dalam bab perkahwinan, kita perlu menghebahkan perkara tersebut kepada orang ramai atas sebab-sebab tertentu. Diantaranya:



1. Elak fitnah.

Perkahwinan adalah bertujuan untuk memberitahu masyarakat akan ikatan yang telah terjalin di antara seorang lelaki dan seorang wanita. Ini bagi mengelakkan dari sebarang fitnah akan bakal timbul sekiranya mereka berdua-duaan di tempat umum. Jika sebelum ini haram bagi mereka berdua-duaan, setelah berkahwin, mereka halal untuk bersama. Tetapi masih lagi menjaga adab di hadapan khalayak ramai supaya tidak kelihatan keterlaluan dalam perhubungan.


2. Tidak diganggu.

Dengan melakukan majlis pernikahan, sebuah pasangan itu dapat mengelakkan diri daripada diganggu oleh sesiapa sahaja yang ingin berkahwin dengannya. Kedua-dua mempelai juga akan menjaga adab apabila berhadapan dengan orang ramai, kerana dia akan berasa malu sekiranya menjatuhkan maruah diri dengan melakukan perkara keji sedangkan orang ramai telah mengetahui bahawa dia telah pun bernikah.

3. Mengeratkan silaturrahim.

Dalam majlis pernikahan inilah keluarga besar kedua mempelai diundang untuk meraikan perkahwinan. Dengan itu juga kita dapat memperkenalkan keluarga besar kepada pasangan. Sahabat handai dijemput bukan sekadar meraikan majlis tersebut, tetapi juga dapat membina persaudaraan di antara pasangan tersebut.


Apapun, hendaklah majlis tersebut diraikan secara sederhana mengikut kemampuan masing-masing. Banyak wang dihabiskan untuk tujuan perkahwinan sahaja akan menimbulkan pembaziran. Sebagai mana yang diketahui, membazir itu adalah amalan syaitan. Oleh itu, elakkan daripada melakukan perkara yang dilarang, dan lakukan apa yang dianjurkan. Mudah-mudahan perkahwinan tersebut diberkati Allah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen