8 Perkara Yang Dilakukan Oleh Pasangan Serasi. Adakah Anda Tergolong Dalam Pasangan Serasi? Jom Baca!

Di awal perkenalan, bertemu janji dengan si dia sehingga boleh merasakan bahawa hubungan anda berdua sebenarnya sangat serasi. Anda dan pasangan seperti mempunyai magnet yang sangat kuat. Malah orang luar yang melihat juga bagaikan bersetuju, anda dan pasangan sangat serasi bersama.

Jadi, bagaimanakah anda boleh tahu keserasian antara kalian berdua? Dan pasangan yang bagaimana di anggap serasi? Jom baca!

1. Anda dan pasangan bersama-masa melihat salinan baju pengantin dan tidak kisah berlari-lari dari satu kedai ke kedai yang lain, semata-mata untuk mencari salinan yang yang paling sempurna di mata anda berdua.

2. Anda dan pasangan terlalu mementingkan sudut untuk mengambil gambar. Sudut yang terbaik supaya anda dan pasangan kelihatan sempurna di dalam gambar. Si dia juga tidak kisah jika anda meminta untuk mengambil gambar beberapa kali.

3. Pasangan yang akan bersiap sedia ketika anda beremosi. Sama ada ketika kenduri tahlil kerana kematian seseorang, atau pun kematian haiwan peliharaan. Pasangan sanggup menyediakan tisu yang banyak, malah masak makanan kegemaran anda.

4. Anda dan pasangan sangat selesa dengan ahli keluarga masing-masing, malah tidak kekok untuk berjumpa, berhibur dan bergurau senda.

5. Anda dan pasangan tidak kisah berhibur dengan orang ramai, semata-mata untuk menceriakan suasana dan menggembirakan hati kalian berdua. Anda dan pasangan seperti tidak suka apabila salah seorang bermasam muka.



6. Anda dan pasangan tidak kisah berkongsi makanan, malah anda sentiasa membeli makanan atau minuman untuk 2 orang, kerana anda sering mengingati pasangan di mana sahaja anda berada.

7. Pasangan hanya dan akan melihat anda seorang sahaja, tiada yang lain. Pasangan sering mengatakan hanya anda seorang sahaja yang cantik/kacak di mata mereka.

8. Dan yang paling penting, pasangan tidak kisah membawa anda sebagai plus-one mereka ke majlis perkahwinan saudara mara , kerana teruja untuk memperkenalkan anda pada ahli keluarga. Si dia juga terlalu gembira untuk melihat anda menjadi sebahagian daripada keluarganya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen