Pilihlah Pasangan Yang Kaya Hati Berbanding Kaya Harta.

Seringkali kita melihat orang kaya selalu lupa diri. Tapi tidak dikatakan kesemuanya. Sebahagian. Mereka mudah terpesona dengan harta dunia sehingga lupa akan harta akhirat. Dengan kekayaan yang banyak menyebabkan mereka lalai dan susah untuk melakukan amal ibadah. Sangat rugi hidup dengan cara begini.

Anda bertemu cinta dengan orang yang tidak kaya? Tidak mengapa. Kaya bukanlah hal yang penting untuk menemui kebahagian. Kaya yang sebenar adalah kaya hati. Itu baru kaya yang hakiki. Dengan kaya hati, walaupun seseorang itu dalam keadaan susah mahupun senang, dia tidak akan lupa diri. Malah dengan kekayaan tersebut dia dapat menyumbang bakti kepada orang lain serta dapat menunaikan tanggungjawab dengan baik.



Jika anda pernah berjumpa dengan seseorang yang sanggup gadai hartanya walaupun dia sebenarnya dalam keadaan susah, dia adalah orang yang hebat. Jika dia tidak mempunyai calon, lebih baik anda cop terlebih dahulu. Menyesal kalau tak ambil tu. Sebab apa saya katakan begitu? Sebab sebenarnya dia sedang berjuang ketika itu, berjuang dengan hati. Payah bagi seseorang untuk menghulurkan bantuan dalam keadaan dia sendiri susah. Pasti dia memikirkan lebih baik aku gunakan saja.kan?

Percayalah, dengan menghulurkan bantuan ketika susah sekalipun, Allah pasti membalas dengan bentuk yang dia mahukan. Ada yang mendapat balasan dengan digandakan wang pemberian tersebut, dikurniakan kesihatan yang baik, kenderaan tidak memerlukan penyelenggaraan yang remeh misalnya. Bukankah itu satu nikmat?


Buat apa kaya, tapi selalu susah. Sakit, sering risau akan harta yang ada di dalam rumah, susah untuk melelapkan mata untuk tidur. Zakat pun susah nak bayar, bagaimana mahukan keluarga yang berkat. So, tidak mengapa pasangan tidak kaya harta, yang penting kaya hati.

Jika anda sudahpun temui cinta tetapi si dia masih menjadikan harta sebagai teman hidup, nasihatilah mereka. Lebih-lebih lagi hidup dengan wang yang haram. Berdosa tu. Bagaimana ingin keluarga bahagia dengan pasangan begini? Hidup tidak menjadi berkat. Kemudian, berdoalah agar dia mendapat hidayah daripada Allah dan ditunjukkan jalan yang benar.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen