5 Perkara Yang Bakal Menakutkan Anda Untuk Bertemu Janji Kali Kedua.

Ada sebahagian daripada kita bernasib baik bertemu dengan jodoh untuk kali pertama dan terus ke jinjang pelamin. Tetapi sebahagian pula, seperti tidak boleh move on daripada hubungan masa silam mereka kerana takut. Mereka sendiri seperti tidak tahu takut oleh kerana apa?

Jadi, perkara yang bagaimana sebenarnya menakutkan mereka? Jom baca!

1. Takut pada pandangan orang ramai.

Apabila anda putus cinta untuk kali yang pertama, sudah tentu orang ramai tahu tentang bekas kekasih anda. Tetapi apabila untuk kali kedua, anda terlalu takut dengan kata-kata dan pandangan orang ramai. Anda terlalu khuatir apa pandangan orang ramai ketika melihat pasangan baru anda. Anda juga seperti terlalu lama berdiam diri di sosial media dan tidak memuat naik tentang pasangan.

2. Takut tiada masa yang fleksibel.

Apabila sudah bertemu janji dan berpasangan, anda seperti takut kerana tidak tahu untuk membahagikan masa. Sebelum ini, anda hanya memikirkan tentang ahli keluarga, adik-beradik, sahabat malah untuk diri sahaja. Tetapi, kini sejak berpasangan anda perlu membahagi lebih masa dan pandai menjaga hati semua orang.



3. Takut untuk menceritakan sejarah hidup.

Seperti berkenalan dengan bekas kekasih, setiap temu janji pasti anda akan menceritakan tentang sejarah hidup anda. Kali ini, sejarah tentang bekas kekasih pula anda bakal ceritakan pada temu janji yang kedua. Anda khuatir bagaimana penerimaan si dia tentang anda.

4. Takut di kecewakan.

Setelah 2 tahun mengenali hati bekas kekasih, anda telah banyak kali di kecewakan sama ada secara emosi atau fizikal. Anda juga takut akan mengecewakan pasangan dengan tabiat dan sikap buruk anda. Adakah si dia boleh menerima anda seadanya?

5. Takut hati dihancurkan untuk kali kedua.

Anda sangat yakin bahawa temu janji anda untuk kali kedua ini akan mempunyai hubungan yang berkekalan. Tetapi jauh di sudut hati anda, anda takut hati anda bakal dihancurkan untuk kali kedua. Anda sangat berhati-hati dan menjadi paranoid.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen