“Sudikah Awak Menjadi YB Dihati Saya?” Teknik Memikat Wanita Untuk Dijadikan Isteri.

Wanita dijadikan Allah sebagai seorang yang lemah lembut, cepat terkesan apabila seseorang bersikap kasar atau menghormatinya. Dalam masa yang sama dia seorang yang penyayang, rasa ingin dihargai dan memerlukan perlindungan walaupun dilihat dari mata kasar dia seorang wanita yang agresif. Untuk memikat hati seorang wanita, lelaki hendaklah mempelajari terlebih dahulu apa yang disukai oleh wanita tersebut.



1. Kata-kata.

Kata-kata yang manis dari seorang lelaki memang menjadi dambaan wanita. Tetapi, janganlah dengan kata-kata tersebut, anda mempermainkan hati dan perasaannya. Wanita itu perlu dijaga, bukan dikhianati. Apapun, gunakan bahasa yang sopan untuk menarik perhatian mereka. Tidak menggunakan pick-up line pun tidak mengapa, asal kata-kata yang keluar dari mulut tulus ikhlas datang daripada hati.

2. Hadiah.

Wanita sukakan penghargaan. Lebih-lebih lagi penghargaan tersebut datang daripada orang yang dia minati. Dengan hadiah, anda mampu membuatkan dia tersenyum dan menjadikan dia berfikir sejenak kenapa lelaki tersebut memberikan hadiah kepadanya. Pasti ada maksud yang tersembunyi. Berikan hadiah yang dia suka, jika dia suka makan coklat, berikan coklat dan hias atau balut sebaik mungkin.

3. Berjumpa ibu bapanya.

Ini adalah teknik yang paling berkesan. Kerana dengan anda berjumpa ibu bapanya, ini menunjukkan anda bersungguh-sungguh untuk jadikan dia sebagai isteri. Bukan hal main-main. Apabila anda bertemu ibu bapanya, dia merasa diri dihormati sebagai seorang wanita. Anda mendapatkannya dengan cara yang betul dan dia merasa dihargai.


Jadi, pilihan terletak di tangan anda. Jika anda mahu mendapatkannya dengan cara terhormat, hormati juga ibu bapanya sebagai seorang penjaga dia sejak kecil. Pergi ke rumah si dia, dan minta keizinan orang tuanya untuk jadikan si dia sebagai seorang isteri. Pastinya cara ini berkesan. Apapun, sebelum itu ketahui terlebih dahulu adakah dia sudah mempunyai orang mahupun belum. Jika tiada, percepatkan langkah untuk mendapatkannya. Nanti melepas, menangis tak berlagu pula.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen