Keistimewaan Memiliki Pasangan Pendiam.

Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tetapi, kekurangan bukanlah penyebab seseorang itu tidak mampu menjadi orang yang hebat. Bahkan kita melihat pada hari ini, ramai diantara orang yang berjaya, dahulunya bukanlah orang yang aktif tetapi apabila meningkat dewasa, dia menjadi matang dan berubah sangat dasyat berbanding dia yang dahulu. Bak kata penyanyi Indonesia, Tegar, “aku yang dulu, bukanlah yang sekarang.” So, apa bestnya dapat pasangan pendiam?



1. Ideanya bernas.

Orang kurang bercakap, dia banyak berfikir akan sesuatu. Kadang, imiginasinya melebihi kemampuan orang biasa. Selalu berfikir diluar kotak. Jika anda ingin dapatkan pandangan, boleh bertanya kepadanya. Pasti ada idea bernas yang mereka berikan.

2. Pendengar setia.

Apabila seseorang sedang dilanda musibah, dia sebenarnya memerlukan orang yang boleh menadah telinga untuk mengadu masalah. Bukan sekadar memberi nasihat. Apabila anda mempunyai masalah, segeralah berjumpa dengannya. Pastinya dia akan memberikan respon yang positif dan setia mendengar luahan hati anda.

3. Penyimpan rahsia terbaik.

Dengan kurangnya bercakap, dia juga akan kurang bersosial dengan orang ramai. Menurutnya, apabila dia bersama orang ramai, dia mudah rimas. Maka, rahsia anda pon tidak akan dibocorkan. Maka, selamatlah anda.

4. Tidak suka mengumpat.

Dia tidak akan bercakap hal orang lain atau memburuk-burukkan seseorang. Baginya jika dilakukan, bermaksud dia telah melakukan hal yang tidak berfaedah. Lagi pun, mengumpat kan berdosa. Ibarat makan daging manusia lagi apabila kita mengumpat seseorang.

5. Pemimpin hebat.

Jika pasangan anda pendiam, jangan sangkakan dia tiada kemampuan. Jika dia dilatih dengan baik, dia dapat menjadi pemimpin yang dapat memahami isi hati orang bawahnya. Dia tidak akan merasa dirinya seorang boss, tetapi dia adalah leader. Iaitu akan membimbing orang bawahannya dengan cara yang baik dan bijaksana.


Jadi, jangan takut sekiranya pasangan anda seorang yang pendiam. Dia tentunya mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu yang mungkin kita sendiri tidak mampu untuk melakukannya. Bukankah dengan berpasang-pasangan itu untuk saling melengkapi? Bukan untuk mencari salah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen