Perkara Yang Perlu Dilakukan Apabila Cinta Pandang Pertama.

Cinta akan seseorang orang itu fitrah. Allah juga mencampakkan perasaan tersebut untuk kita lebih mendekati seseorang. Apakah kita dapatkan dengan cara yang baik mahupun dengan cara yang salah. Pastinya dengan mendekati seseorang mengikut landasan Islam yang betul, akan mendapat pahala di sisi Allah bahkan kehormatan diri dan pasangan yang baru anda jatuh cinta juga akan terpelihara. Apa yang perlu dilakukan apabila cinta akan seseorang yang baru dikenali?



1. Siasat.

Sebelum memulakan apa-apa tindakan, siasat telebih dahulu latar belakangnya. Lihat karekter, budi perekti, keluarga dan agamanya. Sekiranya okay, pastinya hati anda tidak akan berganjak untuk melepaskannya. Yang pasti, lakukan langkah seterusnya ini.

2. Solat sunat istikarah.

Semestinya penting bagi kita mendapatkan petunjuk daripada Allah apabila ingin melakukan kebaikan. Lakukan solat sunat istikarah beberapa kali untuk mendapatkan keteguhan jawapan dalam membuat pemilihan nanti.

3. Perbincangan.

Bincanglah dengan keluarga atau sahabat yang dipercayai untuk mendapatkan kepastian dalam membuat keputusan. Minta pandangan mereka samaada baik atau sebaliknya jika anda memilih si dia sebagai teman hidup.

4. Risik.

Tanyakan kepada si dia terlebih dahulu apakah dia sudah berpunya ataupun belum. Jika belum, apa lagi, rancanglah strategi seterusnya. Ketika anda kurang berkeyakinan untuk bertanya sendiri kepadanya, gunakan orang tengah sebagai perantara. Minta bantuan kawan, ibu bapa untuk tanyakan soalan tersebut.

5. Ikatan perkahwinan.

Terpulang kepada anda untuk terus berkahwin dengannya mahupun bertunang terlebih dahulu atau bagaimana. Cara yang terbaik adalah dengan mempercepatkan perkahwinan. Ini bagi mengelakkan sebarang fitnah dan godaan syaitan apabila berlama-lama dalam sebuah perhubungan.


Jadi, merancanglah dengan baik. Dalam merancang itu, jangan lupa perbaiki diri untuk menjadi pasangan yang elok kelak. Mohon kepada Allah agar semua perancangan dapat berjalan dengan baik. Apapun, selamat berjaya!


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen